Umie... kutahu engkau derita
Hidup.. dalam duka sengsara
Namun.. ku iringi doa agar kau bahagia.
Apalah ertinya kehadiranku di sisimu
Andainya ku tak daya membuat
kau gembira.
Umie... lihatlah wajahku
Yang selalu rindu.
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum... Hai! Apa khabar?
Doaku semuga kalian sihat dan berbahagia selalu hendaknya serta dapat melakukan tugas harian dengan sempurna... seterusnya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Yang Maha Esa dengan sebaik-baiknya.
Setelah hampir empat hari kita tidak saling berkongsi cerita, rindu pulak rasanya. Tapi... nak buat macam mana ya. Masing-masing terikat dengan komitmen kerja dan aktiviti harian yang lebih banyak menuntut masa senggang kita. Apapun, syukur Alhamdulillah... atas keizinanNya jua, maka dapatlah kita bertemu dan berbual seperti hari-hari sebelumnya.
Penat dan letih mengikuti bengkel penulisan kreatif selama tiga hari dua malam di Bukit Ayer Resort Batu Pahat Perlis, tidak sedikitpun memadamkan hasratku untuk terus memulakan projek yang seterusnya... menghasilkan novelku yang keempat pula. Tugasku kini lebih tertumpu kepada mengemaskinikan semula segala working paper yang ku sediakan sepanjang berada di tempat percutian yang... hemm.... truely adventure itu. Apa taknya, suasana alam semulajadinya yang mendamaikan. Pokok-pokok hutan memagari dan memenuhi hampir kesemua kawasan. Bunyi-bunyian mergastua tambah menghidupkan suasana. Waktu malamnya yang menjanjikan ketenangan... amat sesuai sekali buat insan-insan seni yang ingin berkarya. Ewah!! Tapi tak jugak sebenarnya. Sebab, yang datang berkursus hari tu kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak sekolah... selain dari kami, ahli-ahli Persatuan Penulis Perlis (3P). Sesekali, aku cuba menghayati dan menikmati kesyahduan ciptaan Tuhan yang begitu suci lagi murni. Akupun tak berapa nak excited sangat dengan suasana hutan seperti itu. Sebab... rumah yang ku diami bersama keluargakupun... dekat dengan hutan! So... ada aku kesah!
Aku sebetulnya rindu kat seseorang. Rinnnndu sangat! Tak sampai dua hari berpisah dengannya, aku sudah mula menaruh harapan yang tinggi untuk bertemu semula. Maklum, kami asyik berkepit sepanjang masa. Macam belangkas jer. So... lagu kat atas tu... aku dedikasikan untuk insan yang Terlalu Istimewa. Sama macam tajuk novelku yang kini sedang dalam proses terakhir sebelum diterbitkan dan berada di pasaran. Insya Allah... hujung bulan April depan, aku dan rakan-rakan seperjuanganku akan ke PWTC untuk menghadiri majlis pelancaran disamping meraikan kejayaan kami. Sekalung budi buat Kerajaan Negeri Perlis yang bermurah hati membantu kami menggerakkan bidang penulisan ini. Semuga akan ada pelapis-pelapis yang berkaliber dan mampu mengharumkan Darul Sunnah di kemudian hari nanti. Berilah sokongan buat kami ya... agar kami dapat terus menghasilkan novel yang baaaik punyerrr!
Aku sebenarnya lebih merasa teruja bila dapat pegang cek yang bernilai dot dot dot... hasil penat lelahku sejak dua bulan yang lalu. Apatah lagi bila ianya disampaikan oleh orang kenamaan dalam satu upacara hebat penuh bersejarah di C Mart Arau pada tengahari Ahad yang lalu. Apa tidaknya, dulu.... puluhan tahun yang lalu, kawasan C Mart Arau tu... tempat permainanku. Hutan belukar dan pokok-pokok hutan banyak tumbuh di situ. Lagipun, kedudukannya tidak jauh dari kuarters pejabat haiwan, tempat tinggal arwah mak ayahku, begitu juga aku dan dua orang adik-adikku... sebelum kami pindah ke Kampung Kebun. Terkilannya aku kerana arwah kedua orang tuaku tiada untuk kami kongsikan keraian ini bersama. Al-Fatihah buat mereka berdua.
Aduhhhh... panjang pulak aku bercerita. Kat belakangku kini, berderet-deret orang menunggu giliran nak guna internet! So... aku minta diri dulu ya. Sampai jumpa lagi di lain waktu... sambutlah salam manis di angin lalu... dariku untukmu!
Hasil Nukilan...
Seri Dewi Malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment