background

Tuesday 5 August 2014

Raya Oh Raya!

Assalamualaikum... Hai!
Syukur Alhamdulillah. Akak rasa happy angat hari ni sbab dapat jugak akak luangkan masa bersembang santai dgn awak semua. Maklumlah... dah lama benar kita tak jumpa. Rasa rindu nak berkongsi cerita dgn bagaikan tak tertanggung dijiwa. Hmm... sekali lagi akak nak nyatakan di sini. Akak happy sangat sebab akhirnya dpt juga kita bertemu kembali.

     Pejam celik... pejam celik, masuk hari ni dah lebih seminggu kita sambut hari raya. So... akak nk ambik kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Akak mohon maaf zahir dan batin atas segala salah silap akak selama ini. Harap kita kosong kosong ya.
     Bercakap fasal raya ni, tentu masing-masing masih trkenang-kenangkan memori sewaktu meraikannya bersama insan-insan tersayang. Terutama sekali mak n ayah... begitu jugak adik beradik serta sanak saudara serta sahabat handai kat kampung. Mesti gempak.... kan?!!Hmm... tengok tuuu... ada yg sedang tersenyum sampai ke telinga. Teringat kat siapa pulak tuuuu???
     Raya ni... akak sambut dgn suami n anak-anak. Istimewanya kali ni, akak sambut raya dgn menantu! Anak kak yg sulung dahpun menikah. Dgn orang Pendang. Siti Rohaya namanya. Raya kali ni jugak... aka terima ramai tetamu. So... seronoklah akak layan dia orang. Jamu dia orang dgn menu yg akak selalu sediakan. Mee kari n Lontong!! Biskut raya... anak-anak akak tolong belikan. Kek coklat tak ketinggalan... sebab itu adalah buah tangan anak gadis akak... Nurul. Anak akak ni tgh belajar kat USM Kubang Kerian. Sekrang ni masih lagi bercuti.
     Dalam pada seronok beraya, akak tak akan lupa pada keluarga sebelah suami akak yg sedang berduka. Beberapa hari sebelum kita semua menyambut bulan puasa, suami biras akak... iaitu adik pada suami akak telah pulang ke Rahmatullah. Akak simpati betul dgn keluarga tersebut sebab adik ipar akak tu meninggal dgn tiba-tiba. Apapun... mujur anak suung awah baru tamat pengajian. So... bolehlah tolonh mak uuskan adik-adik. Mujur jugak la arwah tu pegawai tinggi kerajaan. Walaupun tak semewah mana, tapi kebajikan isteri dan anak-anak tetap terbela. Tapi tu lah...keadaan masih takkan dapat menyamai semasa arwah masih ada. Tentu masing-masing tidak mampu menggung rasa sedih akibat kehilangan suami dan abah yang tercinta. Buat Chu Hasnah dan anak-anak... Safuan, Syammi, Fatin dan jugak Shahir, banyak-banyakkan bersabar.  Doakan emoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org yg beriman. Ameen.
     Sampai disini saja yg dpat akak kongsikan brsama kalian semua. Sehingg berjumpa di lain waktu dan suasana, sambutlah salam lebaran dari akak buat semua pembaca setia ruangan ini. Akhir kata.... Maniskan Iman... Maniskan Senyuman.
Wassalam.

Friday 24 January 2014

Oh My Novel!

Bismillahirahmaanirrahim.
Assalamualaikum.... Hai! 
Syukur Alhamdulillah... dapat juga kita berjumpa sekali lagi di arena ini. Akak pun sebetulnya dah lama benar tak berkongsi cerita dengan awak semua. Rinduuuuuu rasanya. Tapi nak buat mcm mana. Terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yg akak kena hadapi. Apa masalahnya ya? Hmm... tak usahlah kita bangkitkan sekarang. Buang masa jerr. Lagipun peluang utk kita berbual amat singkat dan begitu terhad. So kesempatan yg ada ni... patut kita manfaat dgn sebaik2nya.
Saja jer nak share.... akak ni sebetulnya tgh tension sebab sampai sekarang belum ada idea nak buat novel fiksyen sains. Kursus dah ambik. Teknik dan istilah sainsnya dah belajar. Tapi otak ni belum lagi aktif. Member.. ada yg dah separuh jln. Syabas!! Akak tumpang bangga. Hmm... mungkin akak ni dilahirkan utk buat novel kreatif jerr kot. Berita cuma berkisar ttg selok belok kehidupan dan alam rumah tangga. Kebetulan... idea nak buat novel macam tu mmg dah ada. Cuma tunggu masa jerr nak dijadikan manuskrip. Ilhamnya akak dpt dari drama2 yg kak tengok kat tv la. Selebihnya akak dapat dari pemerhatian akak setiap hari. Apa yg akak rasa dan akak lalui. Tolong doakan semoga usaha akak berhasil ya.
Sampai di sini saja yg dpt akak kongsikan dengan awak semua. Kalau ada cerita yg best nanti... akak 'datang' lagi. Sebelum akak mengundurkan diri... sambutlah salam mesra dri akak. Jaga diri baik-baik.... dan kenangi akak dalam doa awak semua.  Assalamualaikum... bye.


IM4U
Seri Dewi Malam.