background

Tuesday 1 May 2012

Pelancaran Novel 'Kau Yang Teristimewa'






Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah...
Biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai...
Ku sanggup kerna ku mahu...
Kita berdua bersatu

Bismillahirrahmanirrahim .....
Assalamualaikum....  Hai!
Dah dapatkan ke novel terbaru saya?  Apa?!   Belum lagi? Alaaa... janganlah macam tu.  Pergilah beli cepat.  Kalau kehabisan stok nanti.... macam mana?  Rugi tau!
       Hari Ahad 29hb April 2012 yang lalu, saya dan family ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.  Fuh!! ramainya orang.  Tak ubah macam kat pasar borong.  Happening sangat.  Tak sangka... masyarakat Malaysia sekarang memang gemar membaca.  Semuga amalan mulia ini akan berterusan sampai bila-bila demi membina pemikiran dan cara hidup yang lebih baik dan sempurna.  So... kalau ada kelapangan tu, silalah ke sana ya, dan jangan lupa.. singgahlah kat booth Nukilan Unggul Publication Sdn. Bhd.... dan dapatkan novel saya yang berjudul 'Kau Yang Teristimewa'.  Buku-buku dari pelbagai genre juga boleh didapati dengan harga yang sungguh istimewa!  Berilah sokongan kepada penulis-penulis kita ya.
Sekian dari saya...
Terima Kasih.


Luahan Rasa...
Seri Dewi Malam