Sakit ini menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya.. bisa menitiskan air mata
Jatuh.. rasanya langit ini.
Rasanya... macam tak ada langsung kaitan lirik lagu nyanyian penyanyi tersebut dengan apa yang akan kita bincangkan nanti. Namun, bila di fikirkan kembali... tak jauh bezanya dengan situasi yang kita lalui tatkala kita di khabarkan tentang penyakit yang kita deritai. Tentu sedih... kan? Malah... seribu satu macam persoalan mula menyerang hendap dan menerjah perasaan kita pada masa itu. Begantung pula dengan siapa diri kita... dan apa pula pegangan kita. Tepuk dada... tanya selera.
Usai membaca cetusan minda seorang bloggers yang amat aku kgumi, aku terus terpanggil untuk turut sama berkongsi pendapat dan pengalamanku bersama beliau.. juga dengan bloggers-bloggers yang sudi melayari ruangan kecil ini.
Bila kita bercakap tentang 'sakit'...pasti ramai yang di luar sana akan bersetuju denganku. 'Tidak ada seorang insanpun di dunia ini yang mahu dirinya di timpa penyakit'. Betul... kan? Tapi nak buat macam mana... bukan atas kemampuan kita untuk menetapkan insiden itu harus berlaku... atau sebaliknya. Allah s.w.t punya sebabNya yang tersendiri untuk menentukan perkara tersebut. Sebagai hamba... kita harus redha menghadapinya. Di setiap kejadian yang Allah tentukan itu... pasti ada petunjuk dan hikmah yang ingin di sampaikan kepada kita. Tapi.... tak tahulah kalau kita ni jenis yang suka cari penyakit!!
Cerita tentang 'sakit' ini seringkali mengingatkan aku pada pengalaman pahit yang pernah menimpa diriku suatu ketika dulu. Aku pernah terlantar di katil hospital gara-gara sakit perut yang aku sendiri tidak tahu apa puncanya. Bayangkanlah... tubuhku yang agak berisi ini sampai jadi kurus kering akibat terlalu tersiksa menanggung derita. Bila doktor dan jururawat melakukan sesi 'lawatan sambil belajar', aku cuma mampu diam membisu seribu bahasa. Sakit yang ku tanggung... tak dapatku gambarkan dengan kata-kata. Dalam hati... aku hanya mampu berserah pada Yang maha Pencipta. Selama tiga hari aku di rawat, aku terpaksa melalui ujian demi ujian... termasuklah Ultrasound. (Teringat pula masa tengah pregnent dulu! Cuma kali ini.... hemmm... bukan di sebabkan oleh masalah kandungan. Tapi... perut aku yang buat hal!). Kemudian, aku terpaksa melakukan ujian 'endoskopi'. Subhanallah! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ngerinya perasaanku waktu itu. Aku tak mampu menahan air mata yang deras mengalir. Mujur ada yang prihatin dan memberikan kata-kata semangat. namun... aku tetap bersyukur kerana prosedurnya agak singkat dan berjalan dengan lancar. Hasilnya... petugas tersebut hanya mengatakan bahaswa ada sedikit luka di usus... dan ianya tidak membahayakan. Alhamdulillah! Tapi... kenapa aku mesti melalui keadaan sakit yang teramat sangat?! Itulah yang buat aku 'migrain' sampai sekarang ni. Apapun... aku tetap redha dengan apa yang telah terjadi. Siapa diri kita yang mahu melawan takdir???
Sebenarnya, banyak perkara yang meletakkan aku sebagai 'satu kepala' dengan ibu hebat ini (teman rapatku itu). Salah satu darinya, sakit ini adalah ujian dari Allah Azzawajalla buat kita... dengan tujuan untuk menaikkan darjat dan martabat kita di sisiNya. Tapi... kita sendiri tahu kan. Tak semudah itu. Pelbagai saringan dan tapisan yang perlu kita tempuhi. Nak dapat hasil yang terbaik... kena berkorbanlah sedikit. Bukan susah sangat. Hemmm... mula-mula... banyakkan bersabar. Sentiasa ingat pada Allah. Dengan izinNya... penyakit itu datang dan menyelinap masuk ke dalam tubuh kita. Dengan izinNya juga... penyakit itu akan pergi dan hilang entah ke mana. Perlu ada motivasi diri. Jangan asyik nak ber'adoi' saja. Sebut nama Allah di setiap ketika & bermunajatlah selalu. InsyaAllah! kesakitan itu akan bertukar menjadi nikmat yang tak terkata. Kemudian... Berusahalah utk berubat. Cari penawar sepertimana yang di sarankan bersesuaian dengan penyakit yang kita hidapi. Kalau bukan melalui perubatan moden, amalanlah rawatan alternatif. Perubatan cara islam juga sudah semakin popular sekarang ini. Asal tidak melanggar akidah... lakukanlah demi kesihatan jasmani dan rohani yang ingin kita perolehi. Seperkara lagi yang harus kita ingat, Allah mendatangkan setiap penyakit itu ... seiring dengan penawarnya . Jadi ... janganlah berputus asa .. bertawakallah .. lambat atau cepat kita pasti akan menemui penawar itu . Ikhlaskan lah hati bila perlu mengeluarkan sedikit belanja . Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan jangka panjang kita .. apabila kita memerlukan supplemant dan makanan kesihatan untuk membantu proses penyembuhan ..
Anggaplah penyakit itu sebagai satu kifarah . Cara yang terbaik untuk kita membersihkan diri dan hati dari noda dan dosa . Bersyukurlah bila kita dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagialah bagi orang-orang yang beriman ..
Sekian dariku untuk kali ini .. harap berjumpa kembali pada 'episod' yang akan datang nanti ... apa yang baik itu datangnyadari Allah s.w.t .. dan apa yang buruk itu datang dari diri saya sendiri ... terima kasih ..
Nukilan
Seri Dewi Malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment