background

Monday, 12 March 2012

MASIH SEGAR DALAM INGATANKU... KAWAN.

Kalau ada sawah bendang
Bolehlah menuai padi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita jumpa lagi

Da da di di du di da da di
Terima kasih daun keladi
Da da di di du di da da di
Aku sudah jatuh hati...

       Hai! Selamat bertemu kembali.  Assalamualaikum......
Apa khabar hari ni? Sihat ke?  Ku doakan semuga kita semua sentiasa berada di dalam situasi yang menyenangkan... sihat dan berbahagia selalu hendaknya.  Apa?!  Ada masalah?  Hemm... semua orang ada masalah.  Jangan lari dari masalah... dan jangan pula terlalu ikutkan perasaan bila dalam tertekan dek masalah.  Cari la jalan penyelesaian.  Ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan.  Di antaranya.... berkongsilah dengan ahli keluarga... atau teman rapat kita.   Rujuk pada mereka-mereka yang boleh dipercayai... dan... of course sebagai muslim sejati... berserah sajalah pada Allah Azzawajalla.  Mohon belas kasihan dan petunjuk dariNya.  Insya Allah... segala bebanan masalah dan tekanan yang kita hadapi akan terungkai juga nanti.
  
       Sebenarnya hari ni, aku bukannya nak menyentuh tentang cara mengatasi masalah.  Maklum, anak arwah Che Mat ni bukannya terror sangat dalam bab tersebut.  Setakat menjadi pendengar yang baik... bolehlah.  Aku sebetulnya tertarik untuk turut sama mengimbau kenangan  silam sepertimana yang pernah diceritakan oleh teman rapatku sepertimana yang disiarkan dalam blognya.

       Aku juga pernah memiliki sebuah basikal.  Hadiah dari ayah.  Walaupun terpaksa berkongsi dengan adik, tapi ianya tidak pernah menjadi halangan kerana basikal tersebut sentiasa ada bila saja kuperlukan. Basikal mini itu akan aku gunakan untuk pergi mengaji.  Selebihnya, sebagai kemudahan untuk ke kedai dan bertandang ke rumah kawan baikku di Pekan Arau.  Kemudian, kami akan berbasikal pula ke istana.... menemui seorang lagi rakan kami di sana.  Puas bertukar-tukar cerita... bergurau dan bersenda, sebelum azan maghrib berkumandang di udara... kami akan pulang ke rumah masing-masing.
       Selesai menunaikan solat, aku akan memacu basikalku ke rumah nenek... yang lebih mesra kupanggil atok.  Aku biasanya akan bermalam di rumah atok bila cuti hujung minggu dan cuti penggal persekolahan menjelang.  Bukan main seronok lagi atok bila aku datang.  Maklum, atok tinggal bersendirian... dan aku sedikitpun tidak merasa kekok walau ketika itu rumah atok serba kekurangan.  Apa yang membuatkan aku tidak pernah jemu menemani atok, beliau gemar bercerita.  Ada-ada saja yang menjadi bahan ceritanya.  Tapi, aku lebih suka dengar atok bercerita tentang pengalaman yang di lalui semasa perang Jepun.  Malah, atok pernah menunjukkan kepadaku beberapa bilah pedang milik askar Jepun yang disimpan olehnya.  Selain dari itu, ada sesuatu yang membuatkan aku merasa lebih teruja.  kata atok,  beliau adalah cucu cicit keturunan Tok Arau!  Sejauh mana kebenaran dakwaan atok itu... akupun tak pasti.  Tapi, baru-baru ini.... aku ada mendengarnya dari seorang pak cik yang juga bapa kepada kawan baik adikku.  Hemm... aku tak puas hati.  Aku harus cari tahu lagi.  Kalaulah betul dakwaan atok itu, wah! aku ni dikira lahir dari generasi keturunan pendekarlah!  Tapi kalau sebaliknya.. tak mengapalah.  Dapat jadi 'Orang Arau'pun... dah buat aku merasa begitu bangga.  Oh ya! tahu tak... Arau tu kat mana?  Cari dalam peta negeri Perlis.  Sure ada.  Arau sekarang dah maju.  Bukan macam zaman bas warna merah dulu!
     
       Berbalik kita pada cerita tentang basikalku... setelah memberikan khidmat yang cukup memuaskan, akhirnya basikal itu bertukar tangan dan diwarisi oleh ibuku.  Mulanya, aku agak keberatan untuk berpisah dengan basikalku itu, namun setelah suamiku berjanji akan membelikan aku basikal yang baru... aku mengalah juga akhirnya.  Basikal itu lalu menjadi kegunaan ibuku untuk berurusan dengan pelanggan-pelanggan yang menempah barang-barang buatan Thailand darinya... sehinggalah ibu kesayanganku meninggal dunia. Beberapa tahun setelah itu, atok pula pergi buat selama-lamanya.

       Sudah lebih tiga puluh tahun berlalu.  Namun, kenangan manis zaman persekolahan dulu tetap segar dan mekar dalam ingatanku.  Sekarangpun, aku punya basikal miniku sendiri.  Cuma kali ini, aku terpaksa berkongsi dengan anak gadisku Nurul Asyiqeen.



Hasil Nukilan;
Seri Dewi Malam.


     



No comments:

Post a Comment