Kanda suka bergembira
Kanda senang berketawa
Ria... namun hatikuluka
istana besar sebagai sangkar bahgia.
Kanda suka bergembira
Kanda senang berketawa
Ria... namun hatiku bingung
Sebagai burung di dalam sangkar terkurung
Seri Dewi Malam. Tabir gerbang alam. Jika kawan ku yang setia... simpankanlah rahsia... janji ku dan dia. Janji? Ya... janji! Hemm... dah lupa ke, kan kita pernah berjanji... takkan ada rahsia antara kita. Itulah yang akan membuatkan hubungan kita menjadi erat dan mesra. Dari masa ke semasa... dan... ianya akan terus bertahan, dari zaman ke zaman. Semuga takkan lekang dek panas... dan takkan lapuk dek hujan... Insya Allah.
Well... SURPRISE!!! Today is my birthday! Yang ke berapa??? Hemmm... Syukur Alhamdulillah. 21hb. Mac 2012 ni, Allah tambah lagi usiaku yang ke 44 tahun. Apa yang interesting sangat tu? Well... taklah sehebat orang lain. Tapi... tetap ada pelbagai warna dan rasa selama melayari kehidupan di alam Tuhan ini... kan. Di antaranya, pernah bertugas dengan jabatan kerajaan dan melalui pengalaman mengendalikan konvensyen QCC anjuran jabatan. Selain dari itu, tentu saja pengalaman sepanjang mengandung dan melahirkan lima orang cahaya mata. Tiga lelaki... dan dua orang puteri. Kini mereka sudah remaja. Alhamdulillah... walaupun harus menguruskan dua orang anak yang masih bersekolah, namun, bebanan tugasku semakin berkurang... dan aku juga sudah mampu menarik nafas lega. Pengalaman paling manis? Banyak. Hemm... namapun dah 44 tahun... kan. Tentu macam-macam yang telah ku lalui. Tapi... yang paling best, dapat hasilkan dua buah novel. Pertama... Janji Kekasih. Kedua.... Kasih Itu Milikku. Dan yang ke tiga... ops! sedang diterbitkan... dan Insya Allah... akan berada di pasaran tidak lama lagi. Doakan agar ianya akan menjadi buah tangan paling istimewa untuk tahun ini ya. Terima kasih buat mereka-mereka di luar sana, yang telah banyak memberikan dorongan dan sokongan. Budi kalian, amatku hargai... dan hanya kasih sayang saja yang dapat ku jadikan sebagai galang ganti.
Nak kongsi satu rahsia? Tak jugak rahsia. Tapi ada satu cerita... yang pernah berlaku pada zaman dahulu kala. Peristiwa tersebut berlaku lebih kurang tujuh hari selepas aku dilahirkan... di sebuah daerah yang makmur di negeri Johor. Sewaktu dalam perjalanan ke sana, berlaku bencana alam di Negeri Melaka. Air melimpahi hingga ke atas jalan raya... menyebabkan kenderaan tidak dapat melaluinya. Alternatif lain diambil, lalu segala kesukaran dapat diredahi dengan jayanya. Dalam perjalanan pulang, masalah banjir masih di tahap merbahaya. Namun, berkat rahmat dari Yang Maha Esa, laluan menjadi begitu mudah dan tiada sebarang masalah. Lebih menyenangkan semua pihak... aku juga tak banyak kerenah. Asyik tiduuuurrr saja sepanjang masa. Sungguhpun begitu, sebaik saja tiba di kampung arwah ayahku... di Arau, berlaku satu insiden yang agak pelik. Kata Pak Njangku, keempat-empat tayar kereta yang kami sekeluarga naiki... patah dan terkeluar dari rimnya!! Masya Allah... berdaulatnya cucu Tok Din dengan Tok Mah ni ya!! "So... jangan main-main dengan saya. Nanti... buruk padahnya!". Hemm... tak adalah. Lawak jerr. Eh! Lawak ke der????
Sebetulnya, aku tengah suspen giler ni. Nak tahu kenapa? Hemm... dalam masa tak sampai tujuh lapan jam lagi, aku akan dapat hadiah paling bermakna dalam sejarah hari lahirku. Nak tahu apa? Anakku yang ketiga, Nurul Asyiqeen... akan memperolehi keputusan peperiksaan SPMnya. Itu sebab aku langsung tak dapat tidur lena. Tadi... sempat jugak terlelap sekejap. Sebaik saja terjaga... ingatkan dah pagi. Rupa-rupanya... OMG! baru pukul dua!!! Tapi tak mengapalah. Aku yakin, anakku dahpun buat yang terbaik. Apapun rezeki dari Allah Taala, kami sekeluarga akan terima dengan redha. Semuga anakku itu berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading sebagaimana impiannya... Insya Allah. Doakan ya.
Hemmm... embunpun dah menitis membasahi bumi. Beberapa jam saja lagi, fajar subuh akan melebarkan sayapnya di angkasa. So... aku minta izin mengundurkan diri dulu ya. Bila dikenang-kenangkan... ini baru betul Seri Dewi Malam. Kalau takpun... Seri Pagi. Morning Glory! Okey dear... sehingga bertemu kembali di episod seterusnya, pesanan ringkas dari temanmu yang seorang ini... Sekiranya kita mempermudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan mempermudahlkan urusan kita. Begitulah juga... jika kita mengaibkan orang lain, maka Allah akan mengaibkan kita di akhirat sana. Untuk itu... renung-renungkanlah... dan selamat beramal!
Sayang selalu...
Seri Dewi Malam.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment