background

Saturday 29 August 2015

Jom Kita Sembang Kejap

Ini Rayyan. 

Cucu akak.

Comel kan? Hmmm... nyenyaknyerrrrrr dia tidur. Opppssss... Tapi sebelum tu, Assalamualaikum... and salam sejahtera buat teman-teman akak semua. Terima kasihla sebab sudi temankan akak bual-bual kosong hari ni. Okay....

Kali ni, akak nak sembang-sembang tentang life akak sekarang. Rasanya.. tak jauh beza dengan life teman-teman akak kat luar sana. Cuma kali ni akak agak sibuk dengan cucu akak yang sorang ni. Almost everyday akak asyik fikirkan apa yg terbaik untuk dia. Segala keperluannya kami sekeluarga cuba sediakan. Apa yg penting, doa semoga Rayyan selamat and sihat2 selalu dan menjadi anak yg soleh seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan negara, insha Allah...

Melihat pada cara menantu akak menjaga Rayyan mengingatkan akak pada pengalaman akak membesarkan anak2. Rayyan sangat manja dengan ibunya. Agak sukar juga bagi kedua ibu anak itu nak berenggang, mungkin sebab Rayyan breastfeeder sebab tu lah meskipun dah masuk 4 bulan, ibu Rayyan masih belum masuk kerja semula. Akak sebetulnya sangat2 menyokong program penyusuan ibu ni. Maklum... anak akak pun mcm tu jugak. That's why.. untuk membuktikan skongan akak, akak akan cuba bantu apa yg termampu. Apa saja asal Rayyan membesar dalam lingkungan persekitaran yg serba sempurna. Selain berharap semoga Rayyan sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.

Pada waktu yg sama, akak jugak tengah tunggu kehadiran cucu yg berikutnya dari anak menantu kakak yg kedua. Belum ada tanda2 lagi tapi akak tetap sabar dan sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. merealisasikan impian anak menantu akak tu. Nak tunggu cucu dari anak perempuan.... lambat lagi kut. Maklum, dia tengah struggle belajar kat U. 2 tahun lagi baru habis. Hmmmm tapi kalau ada sesiapa yg berminat nak jadikan akak ni mak mertua idamanm boleh la hantar permohonan. Hahaha, acah je tuu..

Well, that's all for now. Till then, take good care of yourselves. Bye

Seri Dewi Malam

Tuesday 5 August 2014

Raya Oh Raya!

Assalamualaikum... Hai!
Syukur Alhamdulillah. Akak rasa happy angat hari ni sbab dapat jugak akak luangkan masa bersembang santai dgn awak semua. Maklumlah... dah lama benar kita tak jumpa. Rasa rindu nak berkongsi cerita dgn bagaikan tak tertanggung dijiwa. Hmm... sekali lagi akak nak nyatakan di sini. Akak happy sangat sebab akhirnya dpt juga kita bertemu kembali.

     Pejam celik... pejam celik, masuk hari ni dah lebih seminggu kita sambut hari raya. So... akak nk ambik kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Akak mohon maaf zahir dan batin atas segala salah silap akak selama ini. Harap kita kosong kosong ya.
     Bercakap fasal raya ni, tentu masing-masing masih trkenang-kenangkan memori sewaktu meraikannya bersama insan-insan tersayang. Terutama sekali mak n ayah... begitu jugak adik beradik serta sanak saudara serta sahabat handai kat kampung. Mesti gempak.... kan?!!Hmm... tengok tuuu... ada yg sedang tersenyum sampai ke telinga. Teringat kat siapa pulak tuuuu???
     Raya ni... akak sambut dgn suami n anak-anak. Istimewanya kali ni, akak sambut raya dgn menantu! Anak kak yg sulung dahpun menikah. Dgn orang Pendang. Siti Rohaya namanya. Raya kali ni jugak... aka terima ramai tetamu. So... seronoklah akak layan dia orang. Jamu dia orang dgn menu yg akak selalu sediakan. Mee kari n Lontong!! Biskut raya... anak-anak akak tolong belikan. Kek coklat tak ketinggalan... sebab itu adalah buah tangan anak gadis akak... Nurul. Anak akak ni tgh belajar kat USM Kubang Kerian. Sekrang ni masih lagi bercuti.
     Dalam pada seronok beraya, akak tak akan lupa pada keluarga sebelah suami akak yg sedang berduka. Beberapa hari sebelum kita semua menyambut bulan puasa, suami biras akak... iaitu adik pada suami akak telah pulang ke Rahmatullah. Akak simpati betul dgn keluarga tersebut sebab adik ipar akak tu meninggal dgn tiba-tiba. Apapun... mujur anak suung awah baru tamat pengajian. So... bolehlah tolonh mak uuskan adik-adik. Mujur jugak la arwah tu pegawai tinggi kerajaan. Walaupun tak semewah mana, tapi kebajikan isteri dan anak-anak tetap terbela. Tapi tu lah...keadaan masih takkan dapat menyamai semasa arwah masih ada. Tentu masing-masing tidak mampu menggung rasa sedih akibat kehilangan suami dan abah yang tercinta. Buat Chu Hasnah dan anak-anak... Safuan, Syammi, Fatin dan jugak Shahir, banyak-banyakkan bersabar.  Doakan emoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org yg beriman. Ameen.
     Sampai disini saja yg dpat akak kongsikan brsama kalian semua. Sehingg berjumpa di lain waktu dan suasana, sambutlah salam lebaran dari akak buat semua pembaca setia ruangan ini. Akhir kata.... Maniskan Iman... Maniskan Senyuman.
Wassalam.

Friday 24 January 2014

Oh My Novel!

Bismillahirahmaanirrahim.
Assalamualaikum.... Hai! 
Syukur Alhamdulillah... dapat juga kita berjumpa sekali lagi di arena ini. Akak pun sebetulnya dah lama benar tak berkongsi cerita dengan awak semua. Rinduuuuuu rasanya. Tapi nak buat mcm mana. Terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yg akak kena hadapi. Apa masalahnya ya? Hmm... tak usahlah kita bangkitkan sekarang. Buang masa jerr. Lagipun peluang utk kita berbual amat singkat dan begitu terhad. So kesempatan yg ada ni... patut kita manfaat dgn sebaik2nya.
Saja jer nak share.... akak ni sebetulnya tgh tension sebab sampai sekarang belum ada idea nak buat novel fiksyen sains. Kursus dah ambik. Teknik dan istilah sainsnya dah belajar. Tapi otak ni belum lagi aktif. Member.. ada yg dah separuh jln. Syabas!! Akak tumpang bangga. Hmm... mungkin akak ni dilahirkan utk buat novel kreatif jerr kot. Berita cuma berkisar ttg selok belok kehidupan dan alam rumah tangga. Kebetulan... idea nak buat novel macam tu mmg dah ada. Cuma tunggu masa jerr nak dijadikan manuskrip. Ilhamnya akak dpt dari drama2 yg kak tengok kat tv la. Selebihnya akak dapat dari pemerhatian akak setiap hari. Apa yg akak rasa dan akak lalui. Tolong doakan semoga usaha akak berhasil ya.
Sampai di sini saja yg dpt akak kongsikan dengan awak semua. Kalau ada cerita yg best nanti... akak 'datang' lagi. Sebelum akak mengundurkan diri... sambutlah salam mesra dri akak. Jaga diri baik-baik.... dan kenangi akak dalam doa awak semua.  Assalamualaikum... bye.


IM4U
Seri Dewi Malam.

Thursday 7 November 2013

Surat Dari Hati

Bismillahiirrahmanirrahim.
Assalamualaikum... dan Salam Maal Hijrah buat yg masih setia dan masih sudi menjadi teman  di arena penulisan ini. Semoga semuanya sihat sejahtera dan berbahagia selalu hendaknya. Namun, bagi mereka yg ditimpa musibah, berlapang dada dan bersyukurlah. Anggap saja ianya ujian dari Allah. Tanda cinta kasih Yang Maha Pencipta kepada hamba-hambaNya.
Mmg dah lama benar saya tak 'singgah' kat ruangan ni. Terlalu lama.... dan terlalu rindu rasanya nak berkongsi cerita dgn teman-teman diluar sana. Tapi....... tu lah. Nak buat mcm mana. Bukan senang utk saya meluangkan masa mcm dulu. Terlalu bnyk kerenah birokrasi yg harus saya tempuhi. Bnyk pantang larangnya. Silap haribulan... minat menulis saya ni akan berkubur mcm tu saja. Hmm... harap harap tak sampai mcm tu jadinya. Sedih la saya.
Well... kita lupakan dulu pasal cerita sedih tu. Takut ada masalah lain pulak yg timbul. Oh ya,,, bercakap ttg berkongsi ni, ada satu cerita yg saya nak sampaikan. Insya Allah... hari Khamis minggu depan, bersamaan 14hb Nov 2013... anak lelaki kedua saya, akan mengikat tali pertunangan dgn gadis pilihan hati kami sekeluarga. Lepas tu.... Insya Allah.... akan disusuli pulak oleh abangnya. Saya sebetulnya nak kedua-dua anak saya ni disandingkan serentak! Alang-alang nak buat kenduri... nak raikn dgn keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan...   selagi tak melanggar syariat... saya nak semua tetamu merasa diraikan. Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah. So...tolong doakan semoga hasrat saya ni kesampaian. Amin.
Kalau bercakap soal persiapan... setakat ni Alhamdulillah. Itupun... ada jugak la yg memeningkan kepala. Hmm... baru la saya dpt merasakan pengalaman yg pernah dilalui oleh mak-mak yg punya anak-anak yg cukup haul dan nisab utk berkahwin!!! Namun, saya tak dibiarkan bersendirian dlm hal ni. Ada yg membatu. Terutamanya mak-mak saudara dan kawan-kawan.
Alaaa... dah sampai masanya utk saya mengundurkandiri. Semoga ketemu lagi di lain waktu... sekali lagi sya mohon jasa baik teman-teman semua, doakan yg terbaik utk saya... agar dipermudahkan Allah dlm usaha saya membantu anak-anak saya membina masjid.
Sekian dari saya... jaga diri baik-baik. Sayang selalu dari.......

Seri Dewi Malam.....

p/s: Kalaulah saya boleh jemput semua......

Thursday 9 May 2013

''SAYA PILIH MALAYSIA''

Bismillahiramanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah.....
Bertemu kita sekali lagi pada hari yang indah dan ceria ini. Doa dari saya semoga kalian semua sihat dan sejahtera... serta berbahagia selalu hendaknya. Buat diri saya, syukur Alhamdulillah. Masih mampu bertahan. Maklum, dalam keadaan cuaca yg tidak begitu memberansangkan, macam-macam penyakit boleh mengundang. Apapun yg kita hadapi, kehidupan tetap harus kita teruskan.
Hemm.. teringat saya akan satu perkara. Ianya tentu saja tentang arus perubahan yang sedang melanda negara kita sebaik saja keputusan pilihan raya diumumkan. Demamnya ternyata jauh lebih teruk dari hari-hari sebelum tibanya tarikh 5 Mei tersebut. Melalui pemerhatian saya, rata-rata... ramai yang dapat menduga kemenangan berpihak pada 'siapa'. Well... ucapan tahniah pada yg ketika ini sudah mula mengatur langkah penuh gagah dalam usaha merealisasikan impian... dan memenuhi janji. Namun, jangan pula sesekali kita terlepas pandang akan segelintir pihak yg belum bersedia menerima kekalahan. Biasalah... dah lumrah dunia. Rumah siapapun, walau sudah siap sepenuhnya... namun bunyi pahat masih lagi memekakkan telinga. Harap, akan ada pihak-pihak tertentu yg sedia menangani masalah ini... seterusnya mengambil tindakan yg sebaik-baiknya. Demi kebaikan bersama.
Saya ni actually, bukannya suka sangat menyentuh soal yg semakin sensitif ni. Maklum, saya ni bukannya siapa-siapa. Tapi, sebagai warga negara yg begitu menghargai kestabilan politik dan ekonomi... juga keamanan sejagat. Pada waktu yg sama juga... masih lagi mementingkan keharmonian dan kesejahteraan, di samping menitikberatkan tentang soal agama, moral dan kemurnian peribadi... juga hubungan silaturrahim yg perlu kita semua jaga dgn sebaik-baiknya, tidak salah rasanya untuk saya menyuarakan kebimbangan yg semakin 'hangat' terasa. Saya hanya mampu berdoa dan berharap agar segala masalah akan segera selesai dan kita semua akan kembali menikmati kemakmuran sebagaiman yg kita impi-impikan.
Hemmm... kalau nak diikutkan, tujuan asal saya menulis di sini adalah untuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum dan selepas mengundi. Ianya tidaklah terlalu 'menakutkan' seperti yg mungkin pernah dihadapi segelintir insan. Cerita yg ingin saya sampaikan tu... boleh tahan dikatakan lucu jugak la. Selain dari itu, ingin saya sentuh ttg sedikit kelemahan yg saya rasakan harus diberikan perhatian oleh sesetengah pihak. Terutamanya pihak penganjur... agar proses mengundi akan berjalan dgn lancar. Tapi sayang... (macam lagu Salem. Hehehe), masa seakan mencemburui kita... dan saya harus segera meminta diri. Saya janji... Insya Allah... jika Allah mengizinkan untuk kita bersua kembali, saya akan ceritakan ttg pengalaman yg saya telah lalui. Till then, please do take good care of yourselves... and keep up the good work. See You Soon.


Yours Sincerely...
Seri Dewi Malam 
    

Thursday 2 May 2013

CINTA JANGAN PERGI.

Bismillahirrahmanirrahim....
Rasanya... dah agak lama saya tak berkongsi kisah saya di ruangan ini. Nak kata sibuk sangat  tu.... tak jugak. Tak ada idea kot. Tapi tak pe lah. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Ada dengan tak ada... sama jerrr. Hari ni pun, tak ada cerita best yang nak saya kongsikan. Sekadar luahan hati saya tentang sebuah drama bersiri yang sedang ditayangkan di tv.
Finally... dapat jugak saya tengok cerita tu.... walaupun terpaksa mendapatkannya di tonton.com. Patutlah selama ni saya beria-ia sangat, sebab... ceritanya memang best. Best gillerrr! Emo habis. Saya sendiri tak dapat membayangkan kalau saya berada di tempat LIA SURAYA. Terlalu sedih dan tertekan setelah kehilangan kekasih hatinya... KALIL. Biarpun sudah ada pengganti...  pilihan mamanya sendiri pulak tu. Tapi... hatinya tetap berkata bahawa dia akan tunggu KALIL sampai bila-bila. Habis macam mana tu? Macam mana kalau KALIL nebar-benar sudah pergi meninggalkan dunia ini? Atau.... dapatkah DOKTOR HUD menggantikan tempat KALIL sebagai teman hidup LIA SURAYA? Dan... bagaimana pulak kalau tiba-tiba saja, KALIL muncul disaat LIA SURAYA sudah benar-benar nekad melupakannya? Adakah sanggup mereka melepaskan CINTA itu pergi buat selama-lamanya? Fuhhhh!!!
Saya selalu berharap agar dapar menghasilkan sebuah karya sehebat CINTA JANGAN PERGI. Sampai sekarang...saya masih lagi mencari. Saya inginkan kelainan... tapi entahlah. 'Cinta' sekuat itu masih belum saya temui. Saya hanya mampu berharap. Berharap dan terus berharap.
Kalau dalam drama, kita boleh ujudkan watak yang bukan saja dibawa oleh artis yang berkaliber dan disukai ramai. Tapi... kalau dalam arena penulisan, kita sendiri yang kena ujudkan kedua-dua elemen tersebut. Bayangkan... memang bukan mudah menjadi seorang penulis novel... kan? Hemmm... apapun, saya tak boleh give-up. Saya yakin... Insya Allah, saya mampu menghasilkan yang terbaik Kalau bukan dimata orang lain sekalipun, biarlah ianya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri..
Saya harap, dapat menontonnya di kaca tv. Baru puas tengok wajah ayu pelakon kegemaran saya. Suka jugak tengok karektor supporting actress. Sebab tu la... cerita CINTA JANGAN PERGI... benar-benar menyentuh hati. Awak semua setuju tak dengan pendapat saya ni?
Hemm... saya nak layan ARIANA MIKAIL lah pulak. Kita jumpa lagi ya. Bye!

p/s Pejam celik pejam celik... beberapa hari saja lagi kita dah mengundi. So... buat yg terbaik ya... demi kemakmuran dan kesejahteraan negara kita yg tercinta. Saya sayang Malaysia.
Wabillahitaufik-Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah....

Sunday 11 November 2012

JOM... KITA PI JALAN-JALAN!!

Assalamualaikum... Hai! Jumpa lagi.
Hemm... cuti semester persekolahan dahpun bermula. So... nak kemana kita cuti kali ini? Dah buat perancangan ke? Belum!? Kenapa? Oh ya... tengah sibuk dengan khenduri khendara teman rakan saudara mara rupanya. It's okey. Take your time. Lepas tu... plan betul-betul  ikut kemampuan ekonomi kita. Kalau ada budget lebih sikit... pergilah keluar negara. Tapi... kalau nak melancong kat dalam negara kita sendiripun, apa salahnya. Kat Malaysia ni, banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kat mana? Eh! mana-mana sajalah. Tepuk dada... tanya selera. Setiap negeri menjanjikan lokasi percutian yang pasti memukau dan mempersonakan. Insya Allah.
       Saya dan keluarga... awal-awal lagi dah bercuti ke Langkawi. Seawal jam tujuh pagi... kami menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis. So... dapatlah kami memulakan aktiviti percutian lebih awal. Selepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke stesyen kereta kabel di kaki Gunung Mat Chinchang. Mulanya, kami sangkakan tak ada orang. Maklumlah... baru pukul lapan. Tapi... bila dah dapat tiket dan mula beratur, humangai!! ramainya!!! Bukan saja dari negara kita... pelancong dari luar negarapun tak nak ketinggalan jugak rupanya. Hemm... menaiki Skycab menuju ke puncak gunung merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan saya. Suami dan anak-anak saya turut sama teruja. Maklum, pemandangan yang terbentang di sekeliling kami sungguh  mempesonakan. Hilang rasa 'gayat' dan ngeri. Sesungguhnya... saya dan keluarga amat kagum dan terpegun sekali melihatkan keagungan ciptaan Ilahi. Setelah puas meninjau keseluruh kawasan, kamipun turun semula ke kaki gunung dan terus pulang ke tempat penginapan.
       Keesokan hari, sebaik saja selesai menikmati sarapan pagi... kami sekeluarga bergegas ke Pantai Pasir Hitam. Penat jugaklah melayan suami dan anak-anak mandi laut. Wah! bukan main lagi dia orang bila jumpa air. Tak usah cakaplah. Bayangkan sendiri!!! Oh ya... kenapa Pantai Pasir Hitam? Sebab... tempatnya sangat menarik dan unik. Of coz warna pasirnya kehitam-hitaman. Dipantainya ada banyak batu-batu besar. Ada juga yang menyerupai sampan! Mungkin hasil sumpahan Sang Kelembai kot. (Nauzubillah...) Ada sejarahnya tersenditi. Kalau tak salah saya, mengikut cerita orang dulu-dulu... kat situ terjadinya satu insiden yang mengerikan! Sampan dan tongkang orang-orang siam dibakar penduduk tempatan. Sama ada betul atau salah cerita saya ni... sayapun kurang pasti. Kalau inginkan maklumat yang tepat... saya akan cuba usahakan nanti. Hemm... masih banyak lagi tempat yang ingin saya dan keluarga lawati seperti Kilim Geoforest Park,  Pulau Payar, Pulau Dayang Bunting dan lain-lain lagi. That's why kita orang bercadang nak ke sana lagi. Bila tu? Hemm... Insya Allah... dalam jangka waktu yang terdekat ni. Nak ikut ke? Jom!!!
       Last but not least... boleh dikatakan percutian kali ni memang best! Apatah lagi bila dapat shopping. Tapi... saya tak plan beli banyak barang... even though barang-barang kacanya...humangai! Tersangatlah cantik. Macam-macam corak yang kita boleh pilih.... dan murah pulak tu! Hemm... boasalah. Orang pompuanlah katakan. Sebab tulah... tengah kumpul duit ni. Nak pergi lagi!!!!
       Okey... that's all for now. Sampai ketemu lagi dilain bicara, sambutlah salam manis dari saya. Take Care dan.... Selamat Bercuti!!!


One And Only...
Seri Dewi Malam



p/s : Sebaik pulang dari bercuti, dapat panggilan dari adik... kedua mak ayah saudara masuk wad. So... keesokan hari, kami sekeluarga ke HTF Kangar. Kesian tengok Mak Njang dan Pak Njang. Seorang di wad 4, seorang lagi di wad 5. Doa dari kakak semoga Mak Njang dan Pak Njang cepat sembuh. Bersabarlah dalam menerima ujian dariNya.

p/s : Masa tengah mengarang blog ni... layan Sinar FM. DJ bertugas (Kak Bed) pasang lagu lama.  Lagu berjudul Agar Dia Kembali nyanyian Adam Ahmad. Memang dah laaaaama sangat tak dengar lagu ni. Tak tergambar oleh kata-kata. Dengar.... dan hayatilah sendiri. Iramanya saaaangat menyentuh jiwa.