Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang
Assalamualaikum... Hai! Syukur Alhamdulillah... atas keizinanNya, maka dapatlah kita bertemu sekali lagi pada hari yang indah lagi berbahagia ini. Semoga kita semua sentiasa dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa dan beroleh kesihatan yang memuaskan... seterusnya dapat melaksanakan tugas-tugas harian dengan sempurna. Amal ibadat dan kebajikan... jangan pula kita ketepikan begitu saja. Kerana itulah bekalan yang akan kita bawa selain dari amanah yang di pertanggung jawapkan pada kita selama hidup di dunia.
Kalau saya tanya satu soalan, tentu ramai yang tahu jawapannya. Malah... tak kurang yang pernah melalui pengalaman tersebut. Nak tahu soalan apa? hemm... soalannya mudaaahh saja... 'Apakah saat yang paling indah lagi meceriakan dalam hidup kita? Pergi bercuti? Dapat gaji? Makan free? Atau... mungkin ada lagi yang lebih happening dari itu?. Hah! beli kereta baru? Okey.. sounds great... masih boleh di terima. Tapi... bagi saya, ianya tentu takkan sama dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang kita rasakan bila kita jatuh cinta. Betul tak?! Siapa yang kata 'tidak' tu... something wrong some wherelah jawabnya. Bukan nak mengeji. Cuma... hemm.. belum cuba belum tahu. Tak gitu?
Jatuh cinta ni pun bukan boleh dicuba-cuba. Bukan juga macam eksperimen yang kita buat kat makmal sains di sekolah kita. Ianya berlaku secara semulajadi. Tanpa kita sedari keujudannya. Bukan juga dipaksa-paksa. Kerana itulah, kesannya terhadap diri 'si mangsa' sangat-sangat ketara hebatnya. Ada yang makan tak kenyang. Mandi tak basah... tidurpun tak lena dek kerana cinta. Saya? Hemm... saya biasalah. macam orang lain juga. Jadi, tak payah buka ceritalah ya. Nanti... ada pula yang berlinangan si air mata... (Kalah filem Ombak Rindu tau!). Lagipun, kisah cinta yang berlaku era lapan puluhan dulu tak sehebat sekarang. Dulu... mana ada hand-set. Tak ada internet. Nak dating pun cuma kat 'Night market! kat state library... kat bus station jer. KFC ke... Mc D... tak ada masa tu. Tulis suratpun atas kertas kajang jer. Ada duit lebih sikit, baru boleh beli kertas yang bercorak dan harum semerbak tu! itupun... kena sembunyi-sembunyi. Kalaulah mak ayah tahu... siap kau!! Hemph! macam tulah keadaannya "Bila aku jatuh cinta... kan ku sebut namamu.....". Eh! sorrylah Awie Rafael. Terlebihlah pulak.
Sebenarnya, apa yang nak saya sentuh di sini... bukan tentang keasyikan bila sedang di lamun cinta. Tapi... kesan dan trauma bagi orang yang PUTUS CINTA!!. Tentang kesengsaraan yang dilalui dan di rasai bila bahtera kasih yang di layari... karam dan hanyut di lautan. Cinta yang diharapkan kekal dan abadi... putus di tengah jalan. Walau sekuat manapun semangat yang masih tersisa, namun tetap akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh semula. Hilang lenyap segala kepercayaan dan keyakinan kita pada keagungan dan kesucian cinta. ketika itu... cinta sudah menjadi seperti api yang marak membakar... dan racun yang amat berbisa. Hanya Tuhan saja yang tahu.. akan kesakitan dan kepedihan yang mencengkam jiwa dan raga. Tiada lagi kemanisan cinta... yang tinggal hanya virus-virus kebencian yang kian menular dan dendam kesumat yang makin menggila! Betul tak? Hemm... tepuk dada. Tanya selera! Mungkin ada di antara kita yang pernah melaluinya.
Bukan mudah sebenarnya bagi kita merawat hati yang terluka. Namun, tidak ada yang sukar dan mustahil untuk kita lakukan selagi ada kemahuan. Jangan sesekali memilih jalan singkat... walau ianya juga dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian. Dengan akal waras yang Allah bekalkan pada kita... gunakanlah dengan sebaik-baiknya.
Perpisahan bukan bererti berakhir sebuah kehidupan. Mungkin ianya merupakan satu titik permulaan bagi kita menuju kearah kemakmuran. Seboleh mungkin, jangan biarkan diri bersendirian menghadapi kemelut ini. Cari teman... untuk kita luahkan tekanan. Cuba dapatkan teman yang sehati dan sejiwa. Orang yang kita boleh letakkan kepercayaan sepenuhnya. Jika perlu, dapatkan khidmat kaunseling. Doktor Cinta? Hemm... ada ke orang macam tu sekarang ni? Kalau ada, baguslah. Tapi ingat... jangan sampai tersalah pilih doktor cinta yang tak bertaulian. Manalah tahu... kan, masalah lain pulak yang timbul nanti.
Sebagai seorang muslim sejati, elok banyakkan beribadah dan berserah pada Allah. Jangan biarkan diri terus hanyut dalam kesedihan. Berceritalah dan merayulah kepadaNya. Allah Maha Mendengar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ya... mungkin kita tidak mampu memenuhi kriteria sepertimana yang si dia harap-harapkan sehingga akhirnya kita di 'buang' begitu saja. Atau... nungkin dia yang tidak layak menerima cinta, penghormatan dan penghargaan setinggi itu dari kita. Ikhlaskanlah hati untuk melepaskannya pergi. Insaya Allah... akan ada yang terbaik sedang menanti 'Cinta Sempuna' kita di luar sana. Berikan kesempatan untuk insan lain merawat hati kita yang terluka. Manalah tahu... hidup kita akan jadi lebih bermakna dengan cinta kali yang ke dua!?.
Semua orang suka mendengar lagu. Namun, bagi mereka yang sedang putus cinta... jangan suka sangat melayan lagu-lagu yang menusuk perasaan. Bimbang... akan bertambah parah jadinya. Ceriakan hati dengan lagu-lagu yang boleh membangkitkan semangat. Cuba dengar lagu Chow Kit Road ke... lagu Standing In The Eye Of The World ke... asalkan tak menyentuh soal cinta lara. Kalau nak lebih insaf lagi.... sesekali pasang telinga dengarkan lagu Munajat. Nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Baru kita tahu... tinggi rendahnya langit Tuhan ni!!!
Last but not least... kembali bersosial dengan teman-teman. Banyakkan aktiviti seperti beriadah dan berekreasi. Jengah-jengahlah muka kat masjid dan surau. Senang-senangkan hati ... selagi tidak melanggar syariat agama yang kita sanjungi. Tak salah kalau kita memilih untuk kembali bersendiri. Memang bukan mudah bagi kita mencari pengganti. Takut kalau-kalau luka lama kan berdarah kembali. Nak bina keyakinan diri... memerlukan kerja keras dan sokongan dan kepercayaan yang hakiki. Amalkan solat Istiqarah... Insya Allah... akan ada petunjuk dariNya nanti. Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita... kerana kita ni adalah hambaNya.
Well... dah banyak sangat 'mak cik' ni membebel. Harap... tak kan ada yang menanah telinga nanti. Tapi apapun, 'mak cik' ni sekadar memberikan yang termampu. berdasarkan pengalaman... barangkali. Sebelum saya mengundurkan diri, satu lagi pesan saya. Sentiasa bermohon kepada Yang di atas sana... agar memelihara dan melindungi cinta kita serta selalu merahmatinya... juga menjadikan ianya adalah yang terbaik untuk kita. Jangan patah hati bila cinta putus saat kita masih ingin terus di sayangi. Cinta tidak harus saling memiliki... dan tidak semua cinta berakhir ke jinjang pelamin. Macam Lisa Surihani dan Yusri!
"Ya Allah... Ya Tuhanku. Allah yang mencipta cinta dan Allah juga yang menciptakan rindu. Jadikanlah cinta dan rindu kami ini hanya untuk Mu. Lembutkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud Alaihissalam..........".
Sekian dari saya. Sesungguhnya.... yang indah dan mulia itu adalah kurniaan dari Allah Yang Maha Esa, Sedangkan yang buruk dan tidak sempurna itu... datangnya dari kelemahan diri saya. Jumpa lagi... dan jaga diri baik-baik ya! Ingat... Allah selalu bersama kita... asal kita sentiasa mengingatiNya!
Hasil nukilan...
Seri Dewi Malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment