background

Monday 26 March 2012

TERLALU ISTIMEWA....

Umie... kutahu engkau derita
Hidup.. dalam duka sengsara
Namun.. ku iringi doa agar kau bahagia.

Apalah ertinya kehadiranku di sisimu
Andainya ku tak daya membuat
kau gembira.

Umie... lihatlah wajahku
Yang selalu rindu.


       Bismillahirahmanirahim...
       Assalamualaikum... Hai! Apa khabar?
Doaku semuga kalian sihat dan berbahagia selalu hendaknya serta dapat melakukan tugas harian dengan sempurna... seterusnya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Yang Maha Esa dengan sebaik-baiknya.
       Setelah hampir empat hari kita tidak saling berkongsi cerita, rindu pulak rasanya. Tapi... nak buat macam mana ya. Masing-masing terikat dengan komitmen kerja dan aktiviti harian yang lebih banyak menuntut masa senggang kita. Apapun, syukur Alhamdulillah... atas keizinanNya jua, maka dapatlah kita bertemu dan berbual seperti hari-hari sebelumnya.
       Penat dan letih mengikuti bengkel penulisan kreatif selama tiga hari dua malam di Bukit Ayer Resort Batu Pahat Perlis, tidak sedikitpun memadamkan hasratku untuk terus memulakan projek yang seterusnya... menghasilkan novelku yang keempat pula. Tugasku kini lebih tertumpu kepada mengemaskinikan semula segala working paper yang ku sediakan sepanjang berada di tempat percutian yang... hemm.... truely adventure itu.  Apa taknya, suasana alam semulajadinya yang mendamaikan. Pokok-pokok hutan memagari dan memenuhi hampir kesemua kawasan. Bunyi-bunyian mergastua tambah menghidupkan suasana. Waktu malamnya yang menjanjikan ketenangan... amat sesuai sekali buat insan-insan seni yang ingin berkarya. Ewah!! Tapi tak jugak sebenarnya. Sebab, yang datang berkursus hari tu kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak sekolah... selain dari kami, ahli-ahli Persatuan Penulis Perlis (3P). Sesekali, aku cuba menghayati dan menikmati kesyahduan ciptaan Tuhan yang begitu suci lagi murni. Akupun tak berapa nak excited sangat dengan suasana hutan seperti itu. Sebab... rumah yang ku diami bersama keluargakupun... dekat dengan hutan! So... ada aku kesah!
       Aku sebetulnya rindu kat seseorang. Rinnnndu sangat! Tak sampai dua hari berpisah dengannya, aku sudah mula menaruh harapan yang tinggi untuk bertemu semula. Maklum, kami asyik berkepit sepanjang masa. Macam belangkas jer. So... lagu kat atas tu... aku dedikasikan untuk insan yang Terlalu Istimewa. Sama macam tajuk novelku yang kini sedang dalam proses terakhir sebelum diterbitkan dan berada di pasaran. Insya Allah... hujung bulan April depan, aku dan rakan-rakan seperjuanganku akan ke PWTC untuk menghadiri majlis pelancaran disamping meraikan kejayaan kami. Sekalung budi buat Kerajaan Negeri Perlis yang bermurah hati membantu kami menggerakkan bidang penulisan ini. Semuga akan ada pelapis-pelapis yang berkaliber dan mampu mengharumkan Darul Sunnah di kemudian hari nanti. Berilah sokongan buat kami ya... agar kami dapat terus menghasilkan novel yang baaaik punyerrr!
      Aku sebenarnya lebih merasa teruja bila dapat pegang cek yang bernilai dot dot dot... hasil penat lelahku sejak dua bulan yang lalu. Apatah lagi bila ianya disampaikan oleh orang kenamaan dalam satu upacara hebat penuh bersejarah di C Mart Arau pada tengahari Ahad yang lalu. Apa tidaknya, dulu.... puluhan tahun yang lalu, kawasan C Mart Arau tu... tempat permainanku. Hutan belukar dan pokok-pokok hutan banyak tumbuh di situ. Lagipun, kedudukannya tidak jauh dari kuarters pejabat haiwan, tempat tinggal arwah mak ayahku, begitu juga aku dan dua orang adik-adikku... sebelum kami pindah ke Kampung Kebun. Terkilannya aku kerana arwah kedua orang tuaku tiada untuk kami kongsikan keraian ini bersama.  Al-Fatihah buat mereka berdua.
       Aduhhhh... panjang pulak aku bercerita. Kat belakangku kini, berderet-deret orang menunggu giliran nak guna internet! So... aku minta diri dulu ya.  Sampai jumpa lagi di lain waktu... sambutlah salam manis di angin lalu... dariku untukmu!


Hasil Nukilan...
Seri Dewi Malam.
  




         

Wednesday 21 March 2012

DARI HATI KECIL INI.....



SYUKUR ALHAMDULILLAH.....
Hanya itu saja yang dapat ku luahkan dari hati kecilku pada hari ulang tahunku yang ke 44 ini.  Mulanya, aku seperti tidak begitu menitik beratkan tentang hari bersejarahku ini.  Fikiranku hanya tertumpu pada anak gadisku yang akan memperolehi keputusan peperiksaan SPMnya.  Sehinggalah keputusan peperiksaan tersebut diketahui... barulah aku merasa lega dan berlapang dada.  Sebaik saja pulang ke rumah,  dan berehat... barulah aku terfikirkan sesuatu.  Facebook! Lalu.. akupun mula melayarinya.  Berbesarnya rasa hati sebab diri ini masih lagi diingati.  Terima kasih buat semua.  Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.  Hadiah hari jadi paling istimewa yang pernah aku terima... tentu saja keputusan peperiksaan anakku.  Selain dari itu, sepertimana yang aku jangkakan dulu... 'kelahiran' novelku yang ketiga.... di mana pelancarannya akan dilakukan di C Mart Arau Perlis pada hari Ahad ini... Insya Allah.  Tajuknya... biarlah rahsia!  Bila novel itu dah ada di tangan... barulah aku akan kongsikannya bersama kalian semua.  So... buat masa ni... bersabarlah ya.  Hadiah ketiga... yang pasti tidak kurang hebatnya, kek hari jadi dari seorang insan yang juga begitu istimewa.  Terima kasih atas ingatan yang tak ternilai harganya.  Hemm.... welcome to our big family!  Banyak lagi yang boleh dipelajari... dan diterokai.  Yang pasti...  senyuman manis itu takkan lekang dari ulas bibirmu nanti.
       Apa lagi yang ku harapkan di sepanjang sisa-sisa usiaku ini? Bukan kemewahan... atau kesempurnaan.  Kerana bagiku... hanya kekurangan saja akan membuatkan kita sentiasa merasa saling perlu memerlukan. Hanya perhatian dan kasih sayang diharapkan dapat menjadi cahaya bagi menyuluh kegelapan... dan kesepian.  Dan... hanya Allah saja yang mampu mengisi setiap kekosongan yang ada dengan hidayahNya.  Cintailah apa saja yang ada di dunia ini yang boleh mendorong kita mencintai Allah s.w.t... kerana cinta Allah... cinta yang kekal dan abadi buat selama-lamanya.


Dari hati kecil ini...
Seri Dewi Malam.    

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Kanda suka bergembira
Kanda senang berketawa
Ria... namun hatikuluka
istana besar sebagai sangkar bahgia.


Kanda suka bergembira
Kanda senang berketawa
Ria... namun hatiku bingung
Sebagai burung di dalam sangkar terkurung


       Seri Dewi Malam.  Tabir gerbang alam.  Jika kawan ku yang setia... simpankanlah rahsia... janji ku dan dia.  Janji? Ya... janji! Hemm... dah lupa ke, kan kita pernah berjanji... takkan ada rahsia antara kita.  Itulah yang akan membuatkan hubungan kita menjadi erat dan mesra.  Dari masa ke semasa... dan... ianya akan terus bertahan, dari zaman ke zaman.  Semuga takkan lekang dek panas... dan takkan lapuk dek hujan... Insya Allah.
       Well... SURPRISE!!!  Today is my birthday!  Yang ke berapa???  Hemmm... Syukur Alhamdulillah.  21hb. Mac 2012 ni, Allah tambah lagi usiaku yang ke 44 tahun.  Apa yang interesting sangat tu?  Well... taklah sehebat orang lain.  Tapi... tetap ada pelbagai warna dan rasa selama melayari kehidupan di alam Tuhan ini... kan.  Di antaranya, pernah bertugas dengan jabatan kerajaan dan melalui pengalaman mengendalikan konvensyen QCC anjuran jabatan.  Selain dari itu, tentu saja pengalaman sepanjang mengandung dan melahirkan lima orang cahaya mata.  Tiga lelaki... dan dua orang puteri.  Kini mereka sudah remaja.  Alhamdulillah... walaupun harus menguruskan dua orang anak yang masih bersekolah, namun, bebanan tugasku semakin berkurang... dan aku juga sudah mampu menarik nafas lega.  Pengalaman paling manis?  Banyak.  Hemm... namapun dah 44 tahun... kan.  Tentu macam-macam yang telah ku lalui.  Tapi... yang paling best, dapat hasilkan dua buah novel.  Pertama... Janji Kekasih.  Kedua.... Kasih Itu Milikku.  Dan yang ke tiga... ops! sedang diterbitkan... dan Insya Allah... akan berada di pasaran tidak lama lagi.  Doakan agar ianya akan menjadi buah tangan paling istimewa untuk tahun ini ya.  Terima kasih buat mereka-mereka di luar sana, yang telah banyak memberikan dorongan dan sokongan.  Budi kalian, amatku hargai... dan hanya kasih sayang saja yang dapat ku jadikan sebagai galang ganti.
       Nak kongsi satu rahsia? Tak jugak rahsia.  Tapi ada satu cerita... yang pernah berlaku pada zaman dahulu kala.  Peristiwa tersebut berlaku lebih kurang tujuh hari selepas aku dilahirkan... di sebuah daerah yang makmur di negeri Johor.  Sewaktu dalam perjalanan ke sana,  berlaku bencana alam di Negeri Melaka.  Air melimpahi hingga ke atas jalan raya... menyebabkan kenderaan tidak dapat melaluinya.  Alternatif lain diambil, lalu segala kesukaran dapat diredahi dengan jayanya.  Dalam perjalanan pulang, masalah banjir masih di tahap merbahaya.  Namun, berkat rahmat dari Yang Maha Esa, laluan menjadi begitu mudah dan tiada sebarang masalah.  Lebih menyenangkan semua pihak... aku juga tak banyak kerenah.  Asyik tiduuuurrr saja sepanjang masa.  Sungguhpun begitu, sebaik saja tiba di kampung arwah ayahku... di Arau, berlaku satu insiden yang agak pelik.  Kata Pak Njangku, keempat-empat tayar kereta yang kami sekeluarga naiki... patah dan terkeluar dari rimnya!!  Masya Allah... berdaulatnya cucu Tok Din dengan Tok Mah ni ya!!  "So... jangan main-main dengan saya.  Nanti... buruk padahnya!".  Hemm... tak adalah. Lawak jerr.  Eh! Lawak ke der????
       Sebetulnya, aku tengah suspen giler ni.  Nak tahu kenapa?  Hemm... dalam masa tak sampai tujuh lapan jam lagi, aku akan dapat hadiah paling bermakna dalam sejarah hari lahirku.  Nak tahu apa?  Anakku yang ketiga, Nurul Asyiqeen... akan memperolehi keputusan peperiksaan SPMnya.  Itu sebab aku langsung tak dapat tidur lena.  Tadi... sempat jugak terlelap sekejap.  Sebaik saja terjaga... ingatkan dah pagi.  Rupa-rupanya... OMG! baru pukul dua!!!  Tapi tak mengapalah.  Aku yakin, anakku dahpun buat yang terbaik.  Apapun rezeki dari Allah Taala, kami sekeluarga akan terima dengan redha.  Semuga anakku itu berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading sebagaimana impiannya... Insya Allah.  Doakan ya.
       Hemmm... embunpun dah menitis membasahi bumi.  Beberapa jam saja lagi, fajar subuh akan melebarkan sayapnya di angkasa.  So... aku minta izin mengundurkan diri dulu ya.  Bila dikenang-kenangkan... ini baru betul Seri Dewi Malam. Kalau takpun... Seri Pagi.  Morning Glory!  Okey dear... sehingga bertemu kembali di episod seterusnya, pesanan ringkas dari temanmu yang seorang ini...  Sekiranya kita mempermudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan mempermudahlkan urusan kita.  Begitulah juga... jika kita mengaibkan orang lain, maka Allah akan mengaibkan kita di akhirat sana.  Untuk itu... renung-renungkanlah... dan selamat beramal!


Sayang selalu...
Seri Dewi Malam.
   
       
.

Sunday 18 March 2012

OHSEMM GIVEAWAY BY IRA and MIMI


Assalamualaikum. Hai... Thanks Ira for the invitation. Mesti happening... kan.
Kalau nak join jugak, ikut syarat-syarat ni tau. Kak Ila tag : iqensyazana
Okey bye...


Syarat-syarat penyertaan :






  1. Terbuka kepada semua follower blog Mira dan Mimi 
  2. Like fan page Mira dan Mimi 
  3. Malaysian Only
  4. Hanya perempuan yang boleh join #hadiah tak ada lelaki punya lah,tapi kalau lelaki nak join pun boleh.tak ada halangan.
  5. Wajib letak banner dan buat post bertajuk "OHSEMM GIVEAWAY BY IRA and MIMI" serta backlink kan ke entry ini.
  6. Letak semua senarai sponsor dalam entry korang. #WAJIB 
  7. Wajib follow dan like semua fan page dan blog penaja.
  8. Tag 2 orang blogger yang aktif. Pastikan diaorang tahu tau 
  9. Hantar link entry korang ke comment box Mira kalau korang dari blog mira dan comment box Mimi kalau korang dari blog Mimi. DI CBOX TAK DITERMA
  10. Pastikan korang hantar url entry dan bukanya url blog
  11. Sunat untuk click churp-churp mira #alaa,yang kat belah kanan korang tu  =')
  12. Sunat untuk follow Twitter Mira dan Mimi
  13. Giveaway diadili oleh MR RANDOM.ORG 
  14. Sesiapa yang mira dapati tak ikut peraturan Giveaway ni ,akan terbatal ya penyertaan dia. Kami taknak gugurkan sesiapa. Jadi,follow the rules ya. 

SENARAI SPONSOR

WAJIB LIKE/FOLLOW/ADD






-FollowMid Vill Supplier Services-Like-
-FollowArol Mubin -Like-
-FollowIzzah Zakaria -Like- -Like-
-FollowFiq'Ra -Like-
 -FollowEca Dwinky Asha-Like-
 -FollowNabila Medan -Like-
  -FollowMiraa Hussin -Like-
-FollowSofiartiOktarina -Like-
-FollowKaka Craft -Like-
-FollowFyaPelangi - Like -
-FollowRara -Like-
-FollowMayaLisa 
-FollowAinul Asyirah 
-LikeAziera -Like-
-FollowNijuyon Sdn Bhd -Like-
-FollowNia Lidia  -Add-
-FollowKhairil Mazri -Like-
-FollowEfa Shawls -Like-
-FollowAina Hanani -Like-
-Add- -Follow-Eyja Masliza-Like-

*sponsor baru*
Sweety Beauty Hijab






TARIKH TUTUP : 13/4/2012

Saturday 17 March 2012

HUJAN OH HUJAN... KENAPA ENGKAU TURUN!

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi......  rindu lagi.

     Ku sangka panas hingga ke petang.  Rupanya hujan di tengah hari.  Hujan turun lagi.  Tapi bukan pada waktu yang aku cakapkan tadi.  Sejak jam tujuh petang, baru sekarang hujan berhenti.  Mujur tak turun semalaman... atau Changloon pasti akan banjir untuk kesekian kali.  Apapun, kenalah bersyukur kehadrat Allah s.w.t.  Hujan yang turun membawa bersama rahmat dari Tuhan Yang Maha Esa.  Pohon-pohon menghijau pasti menyanyi keriangan. Tanah yang kering tidak lagi kegersangan.  Cuma... ada sekeping hati yang dirundung kesayuan.  Oh kasihan.
       I'm not in the mood today. Tiba-tiba saja... rasa macam tak sedap badan.  Demam barangkali.  Tak tahu kenapa.  Wal hal, sejak balik dari bercuti, aku baik-baik saja.  Batuk-batuk tu... biasalah.  Kata orang... batuk-batuk manja.  Nak kata 'batuk orang kaya'... aku ni, apapun tak ada.
       Petang tadi, sempat juga melayan panggilan telefon dari seorang teman rapat.  Wah! bukan main lagi berbual... wal hal sama-sama tak sihat.  Yang si kawan tu, pantang buat lawak sikit... ketawa terbahak-bahak.  Dia tu tak apalah.  Kita ni yang sesak nafas sampai sakit dada dibuatnya.  Walau macam manapun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jadi teman berbual paling understanding.
       Jam sebelas malam, baru terasa nak telan ubat.  Hemm... nak buat macam mana, sejak azali lagi memang susah makan ubat.  Lepas tu, mata ni mulalah asyik membilang jam.  Tapi... tak tahu kenapa, susah pulak nak lelapkan mata.  Silap telan ubat agaknya   Atau... mungkin ada sesuatu yang sedang mengganggu konsentrasiku... lalu berlegar-legar dan bermain-main di fikiran.  Puas ku cuba untuk ketepikan begitu saja... tapi tak terdaya.  Hanya mampu berharap... berzikir dan berdoa, agar sedikit demi sedikit ianya akan pergi dibawa arus masa.  Barulah ketenangan itu akan menjelma... dan mengambil tempatnya semula.
       Hemm... rasanya, aku nak rehat kejap... sebelum benar-benar 'hanyut' bersama malam yang semakin 'larut'.  Kalau tak 'karam' juga... hemm... terpaksalah aku bersengkang biji mata bersama anak-anakku... tenguk movie kat tv.  Ceritanya boleh tahan juga.  Alaahh... cerita budak-budak.  'Monster House'.  Wal hal... jalan ceritanyapun dah boleh hafal.
       Well... that's all for now.  Nak pujuk si budak kecik tu tidur.  Esuk sekolah.  Susah bangun pagi... satu hal.  Takut terlelap dalam kelas pulak nanti. Okey my dear friends... hope to see you soon.  Tapi sebelum tu... do take good care of yourself... and... have a nice day!  Assalamualaikum.  Bye!

Salam manis dari...
 Seri Dewi Malam.    

Friday 16 March 2012

Hot Blogs Contest By Manja

Assalamualaikum :)
Kak Ila nak join contest ni, thank you Kak Nah sebab menge'tag'. Hihi... Tak mau cakap banyak, Kak Ila nak tag Syazana, mamAuni, dengan Hana. okey, tu aje... kalau nak join, tengok je syarat-syarat kat bawah ni. Thats all for now, Assalamualaikum...

Okay ni Syarat-Syarat dia tau . 
- Wajib Follow Manja tau . Follow (incase takdpt  :  Tekan join this site :)  ( tak yah risau , manja akan follow korang balik :D )
- Click Semua Icon cute ni tau      (MESTI)
- Buat entry tentang Hot Blogs Contest by Manja sertakan banner berlink & syarat .
- Tag 3 buddies \\PASTIKAN MEREKA TAU//
- Letak link entry korang kat comment box manja (incase tak dpt : letak je kat tagboard) 

P/S : PENYERTAAN KURANG DARIPADA 15 ORANG , CONTEST AKAN DIBATALKAN

JOM... MAKAN ANGIN!

Kekasih pujaan
Janganlah kau tinggalkan
Dosakah aku.. pada dirimu
Katakanlah padaku

Jangan kandaku pergi
Usah merajuk hati
Maafkan dinda sayang
Buruk jangan dikenang.....

       Sesekali.... seronok juga bila dapat dengar lagu-lagu lama ni.  Apatah lagi lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Syarifah Aini ke... lagu nyanyian primadona Uji Rashid ke... macam tu juga dengan lagu-lagu  nyanyian biduan negara Dato' Sudirman Hj Arshad.  So... tabik spring buat stesen radio Sinar f.m. atas keprihatinan yang ditunjukkan.  Tentu feedback yang diterima dari pihak pendengar sangat memuaskan.  Insya Allah... ranking sebagai stesen radio nombor satu dapat dikekalkan dan proses baikpulih akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.
       Actually... aku bersama suami dan dua orang anak perempuanku baru je balik dari Taiping petang tadi.  Sepanjang perjalanan, asyik dengar lagu-lagu yang dikeudarakan oleh Sinar f.m.  Ada kalanya diselang-selikan dengan Era.  Tapi, kali ini bukan itu yang nak aku utarakan.  Aku cuma nak menyentuh serba sedikit pengalaman yang ku kutip sepanjang bercuti di Taiping.  TAIPING... hemm... not bad.  Tak kurang memiliki tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.  Especially... Taman Tasik dan juga Zoo.  Muzium juga tak kurang hebatnya.  Selain dari tu... apa yang bestnya tentang Taiping?  Hah! Bukit Larut.  Hemph! sampai sekarang... masih kempunan nak ke sana.  Tapi tak mengapa.  Ada rezeki nanti... Insya Allah... akan sampai juga aku kat tempat tu.  Well... ada tak macam Gunung Jerai?  Atau... Gunung Mat Chinchang di Langkawi?  Dua-dua tempat tu aku dah pergi.  Bukit Larut je belum lagi.
       Sebut fasal makan, hemm... kalau nak berdiet... Taiping bukan tempatnya ya.  Selain restoran-restoran di bandar, ada satu lagi tempat makan yang paling happening!  "Mom's Prison Corner'!!!.  Lokasinya tak jauh dari Penjara Taiping.  Apa yang best?  Emmm... mestilah Ikan Patin Masak Tempoyak!  Sambal belacannyapun... aduh! hingga menjilat jari.  Ada otak-otak... ada ikan bakar... dan macam-macam lagilah! Memang gerenti naik dua tiga kilo kalau seminggu duduk kat situ.  Lagi satu tempat... Jalan Kemunting.  Ada gulai ikan semilang.  Alaahai... mertua lalu kat belakangpun tak nampak!  Oh ya... kalau pergi Taiping musim buah-buahan... lagi seronok.  Duriannya... sedap tau!  Jadi... apa lagi.  Cuti sekolah semester ke dua... Insya Allah bulan Mei nanti, ke Taiping pulak lah kita.
       Ada yang bertanya... shopping apa?  Hemm... tak ada. Tapi sempat juga capai kemeja untuk suami, mainan untuk Asya...  dan grocery untuk rumah.  Mana lagi.... kat Tescolah!
       Setakat itu saja untuk kali ini.  Kelopak mata dah nak tertutup dah... cuma tinggal sepaaaaruh saja lagi.  Mengantuk sangat.  Tapi tu lah... bila dah nak signing off nanti, entah boleh tidur... entahkan tidak!? Al-maklum... tengah excited lagi sebab dapat join Semanis Kurma.  Harap sangat agar seorang sahabat lama di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, dapat menonton rancangan tersebut... seterusnya mengambil sedikit pengajaran dan panduan sebagaimana yang telah diterangkan.  Berdoa saja ke hadrat Allah Azzawajalla semuga arwah ke dua orang tua ditempatkan bersama orang-orang yang soleh... beriman dan bertaqwa... Amin.  Ya Rabbal Alamin.
       Sekian saja untuk kali ini.  Sehingga bertemu kembali di lain waktu, ingatan dariku...  Kasih sayang itu ibarat kuntum-kuntum bunga yang tumbuh mekar di taman hati kita.  Kalau tak dibaja dengan kepercayaan dan disiram dengan keikhlasan dan kejujuran, akan layulah ia.  Wajah kita akan hilang serinya... dan keegoan akan terus bermaharajalela.  So... jadilah seperti Seri Dewi Malam.... yang terus berseri sampai bila-bila! Insya Allah. (Hemm... bukannya nak memuji diri.  Sekadar berkongsi rahsia hati).  Sesungguhnya... keindahan dan kecantikan alam semulajadi itu adalah milik Allah.  Jari jemari rakus dan kejam saja yang bertanggungjawab menjadikannya ibarat dataran tempat tekukur dan jarak mencari makan. Well... renung-renungkanlah... dan selamat beramal!




Luahan Hati..
Seri Dewi Malam.

Thursday 15 March 2012

SEGMEN : Lets Be Friends

Assalamualaikum! Hai ..


Hari ni anak Kak Ila tag nama Kak Ila lagi untuk join segmen ni. Memang sekarang ni Kak Ila nak cari follower banyak-banyak, hehehe. Okey, tanpa membuang masa lagi....

Nama paling 'femes' : Ila :)
Umur : 44 tahun [muda lagiiiiii]
5 perkara yg paling Kak Ila suka :
Menulis
Mendengar radio
Makan
Membeli-belah
Melancong

Kali ni Kak Ila nak tag : Syazana, Rusnah
Okey, itu saja dari Kak Ila.. for now. Nak join sekaki? Tekan je dekat banner tu. Thank you.....
Assalamualaikum...

Wednesday 14 March 2012

SAYANG ANAKKU SAYANG



Sedalam mana cintamu
Hingga sanggup melukakan hati ini ohh..
Dikala aku rindu... kasih sayangmu
Disisiku hingga akhir nanti


Pulangkanlah bintang... siang dan malamku
Lepaskanlah... sengsara ini
Katakanlah engkau menjadi milikku
Berjanjilah... hilangkan resahku




       Hari dah lewat malam... tapi mataku masih belum mengantuk lagi.  Begitu juga dengan suami dan anak-anakku... kecuali Nur Asyaqistina Yasmeen, masing-masing masih seronok berkongsi cerita tentang aktiviti yang baru saja kami lakukan bersama sebentar tadi... sambil menjamu mata menonton dvd filem Adnan Sempit 2.

       Sudah lebih tujuh tahun aku tak pegang bola boling.  Kali terakhir, sewaktu aku tengah mengandungkan Asya.  Beratnya bola boling tu... Masya Allah! Hanya Tuhan saja yang tahu.  Tapi... dek kerana nak lepas geram, ku teruskan juga hingga tamat permainan.  Hemm... mujur tak jadi apa-apa.  Baby dalam kandunganpun... baik-baik saja.
       Kali ni, aku tak lepaskan peluang mencuba bakatku yang dah lama terpendam itu.  Memanglah aku ni bukannya terror sangat main boling... tapi buat permulaan tu... dapat juga score 76 jatuhan pin... dengan satu strike dan satu spare.  Untuk game kedua... aduh! permainanku hancus!!!  Tension dengan budak-budak kecik kat sebelah.  Hemph!... macam mana nak konsisten.  Kena psycho sikit jer... dah menggelabah.  So... cukup setakat tu saja.  Akupun surrender.  Suami dan anak-anakku yang lain, teruskan game sampai habis.  Masing-masing... wah! bukan main lagi tunjuk belang!!.  Akhirnya... anakku yang ke dua... Muhammad Nasruddin, muncul sebagai juara.  Keseluruhan empat game, Angah score 532 jatuhan pin.  Yang lain... tak puas hati.  Lepas ni, kena buat satu tournament lagi.
       Selesai bertarung di gelanggang boling, kita orang sambung kat karaoke pulak.  Asyalah punya cerita.  Tak ikut kata dia... nanti tarik muka masam macam telan sebotol cuka.  Masing-masingpun pilih satu lagu setiap seorang.  Suamiku... biasalah... dengan Widurinya.  Aku?! sejak dulu memang minat sangat dengan lagu Safura tu.  'Sedalam Mana Cintamu'.  Well... best women win!  Mana ada orang boleh challenge 'johan pesta muzik sekolah-sekolah tahun tujuh puluhan dulu!'.  Kak Shikin declare... dia dapat naib juara.  Along dengan Aizatnya... 'Lagu Kita'.  Yang lain... hemmm... boleh tahan jerrrr...
       Syukur Alhamdulillah.  Program 'Family Gathering' kami akhirnya selamat dijalankan.  Masing-masing nampaknya happy sebab dapat buat yang terbaik.  Harap... akan ada program yang sama di lain kali nanti... Insya Allah.  Ya lah... sementara kelima-lima anak-anakku masih ada di depan mata dan belum menyambung pengajian mereka semula.  Sebagai ibu, aku merasa amat berbesar hati kerana masih dapat berkumpul dengan suami dan anak-anakku... serta dapat menghabiskan masa beriadah bersama-sama mereka.  Inilah saat yang paling bermakna buatku... melihat insan-insan tersayang berada di dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.  Hatiku tersentuh hiba seketika tatkala mengenangkan nasib segelintir kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa.  Kasihan mereka... tiada tempat untuk bermanja.  Naluri keibuanku juga turut terguris... tatkala mengenangkan tragedi yang menimpa kanak-kanak malang... mangsa penculikan dan pembunuhan kejam... Adik Nadira.  Apalah dosa anak sekecil itu menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia?  Kenapa tak di pulangkan saja anak itu ke pangkuan ibu ayahnya?  Sampainya hati!  Kerana hilang pertimbangan diri... nyawa anak itu menjadi galang ganti.  Al-Fatihah buat si kecil Nadira.  Semuga rohnya dicucuri rahmat Allah Azzawajalla... dan Insya Allah... akan bertemu juga nanti dengan ke dua mama papa di akhirat sana.
       Alamak! esok nak ke Taiping... baju tak packing lagi!!! Hemm... nak kena stop kat sini dululah jawabnya.  So... sebelum mengundurkan diri, sekali lagi aku ingin menyatakan rasa syukurku ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dikelilingi insan-insan yang amat aku kasihi dan aku sayangi... seterusnya masih dapat memberikan apa yang termampu.  Semuga Allah mengurniakan kepadaku kesihatan yang baik... serta kekuatan iman dan semangat untuk terus menjadi insan yang teristimewa buat keluargaku... Insya Allah.  Well... itu saja untuk kali ini.  Jumpa lagi! dan... janganlah serik untuk terus berkongsi cerita denganku di ruangan ini... di lain kali.  Bye! See you soon! Jaga diri baik-baik ya!  Assalamualaikum....


Hasil Nukilan

Seri Dewi Malam
  
 

Monday 12 March 2012

MASIH SEGAR DALAM INGATANKU... KAWAN.

Kalau ada sawah bendang
Bolehlah menuai padi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita jumpa lagi

Da da di di du di da da di
Terima kasih daun keladi
Da da di di du di da da di
Aku sudah jatuh hati...

       Hai! Selamat bertemu kembali.  Assalamualaikum......
Apa khabar hari ni? Sihat ke?  Ku doakan semuga kita semua sentiasa berada di dalam situasi yang menyenangkan... sihat dan berbahagia selalu hendaknya.  Apa?!  Ada masalah?  Hemm... semua orang ada masalah.  Jangan lari dari masalah... dan jangan pula terlalu ikutkan perasaan bila dalam tertekan dek masalah.  Cari la jalan penyelesaian.  Ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan.  Di antaranya.... berkongsilah dengan ahli keluarga... atau teman rapat kita.   Rujuk pada mereka-mereka yang boleh dipercayai... dan... of course sebagai muslim sejati... berserah sajalah pada Allah Azzawajalla.  Mohon belas kasihan dan petunjuk dariNya.  Insya Allah... segala bebanan masalah dan tekanan yang kita hadapi akan terungkai juga nanti.
  
       Sebenarnya hari ni, aku bukannya nak menyentuh tentang cara mengatasi masalah.  Maklum, anak arwah Che Mat ni bukannya terror sangat dalam bab tersebut.  Setakat menjadi pendengar yang baik... bolehlah.  Aku sebetulnya tertarik untuk turut sama mengimbau kenangan  silam sepertimana yang pernah diceritakan oleh teman rapatku sepertimana yang disiarkan dalam blognya.

       Aku juga pernah memiliki sebuah basikal.  Hadiah dari ayah.  Walaupun terpaksa berkongsi dengan adik, tapi ianya tidak pernah menjadi halangan kerana basikal tersebut sentiasa ada bila saja kuperlukan. Basikal mini itu akan aku gunakan untuk pergi mengaji.  Selebihnya, sebagai kemudahan untuk ke kedai dan bertandang ke rumah kawan baikku di Pekan Arau.  Kemudian, kami akan berbasikal pula ke istana.... menemui seorang lagi rakan kami di sana.  Puas bertukar-tukar cerita... bergurau dan bersenda, sebelum azan maghrib berkumandang di udara... kami akan pulang ke rumah masing-masing.
       Selesai menunaikan solat, aku akan memacu basikalku ke rumah nenek... yang lebih mesra kupanggil atok.  Aku biasanya akan bermalam di rumah atok bila cuti hujung minggu dan cuti penggal persekolahan menjelang.  Bukan main seronok lagi atok bila aku datang.  Maklum, atok tinggal bersendirian... dan aku sedikitpun tidak merasa kekok walau ketika itu rumah atok serba kekurangan.  Apa yang membuatkan aku tidak pernah jemu menemani atok, beliau gemar bercerita.  Ada-ada saja yang menjadi bahan ceritanya.  Tapi, aku lebih suka dengar atok bercerita tentang pengalaman yang di lalui semasa perang Jepun.  Malah, atok pernah menunjukkan kepadaku beberapa bilah pedang milik askar Jepun yang disimpan olehnya.  Selain dari itu, ada sesuatu yang membuatkan aku merasa lebih teruja.  kata atok,  beliau adalah cucu cicit keturunan Tok Arau!  Sejauh mana kebenaran dakwaan atok itu... akupun tak pasti.  Tapi, baru-baru ini.... aku ada mendengarnya dari seorang pak cik yang juga bapa kepada kawan baik adikku.  Hemm... aku tak puas hati.  Aku harus cari tahu lagi.  Kalaulah betul dakwaan atok itu, wah! aku ni dikira lahir dari generasi keturunan pendekarlah!  Tapi kalau sebaliknya.. tak mengapalah.  Dapat jadi 'Orang Arau'pun... dah buat aku merasa begitu bangga.  Oh ya! tahu tak... Arau tu kat mana?  Cari dalam peta negeri Perlis.  Sure ada.  Arau sekarang dah maju.  Bukan macam zaman bas warna merah dulu!
     
       Berbalik kita pada cerita tentang basikalku... setelah memberikan khidmat yang cukup memuaskan, akhirnya basikal itu bertukar tangan dan diwarisi oleh ibuku.  Mulanya, aku agak keberatan untuk berpisah dengan basikalku itu, namun setelah suamiku berjanji akan membelikan aku basikal yang baru... aku mengalah juga akhirnya.  Basikal itu lalu menjadi kegunaan ibuku untuk berurusan dengan pelanggan-pelanggan yang menempah barang-barang buatan Thailand darinya... sehinggalah ibu kesayanganku meninggal dunia. Beberapa tahun setelah itu, atok pula pergi buat selama-lamanya.

       Sudah lebih tiga puluh tahun berlalu.  Namun, kenangan manis zaman persekolahan dulu tetap segar dan mekar dalam ingatanku.  Sekarangpun, aku punya basikal miniku sendiri.  Cuma kali ini, aku terpaksa berkongsi dengan anak gadisku Nurul Asyiqeen.



Hasil Nukilan;
Seri Dewi Malam.


     



Wednesday 7 March 2012

Segmen : Blog Reviewing By Haruno Hana

Hai! Assalamualaikum.

klik SINI kalau nak sertai
Hari ni Kak Ila nak join segmen. Anak Kak Ila yang invite. So, Kak Ila nak tag


Okey, thats all for now. Assalamualaikum :)



Bila Hati Telah Retak

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang





     Assalamualaikum...  Hai!  Syukur Alhamdulillah... atas keizinanNya, maka dapatlah kita bertemu sekali lagi pada hari yang indah lagi berbahagia ini.  Semoga kita semua sentiasa dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa dan beroleh kesihatan yang memuaskan...  seterusnya dapat melaksanakan tugas-tugas harian dengan sempurna.  Amal ibadat dan kebajikan... jangan pula kita ketepikan begitu saja.   Kerana itulah bekalan yang akan kita bawa selain dari amanah yang di pertanggung jawapkan pada kita selama hidup di dunia.
       Kalau saya tanya satu soalan, tentu ramai yang tahu jawapannya.  Malah... tak kurang yang pernah melalui pengalaman tersebut.  Nak tahu soalan apa?  hemm...  soalannya mudaaahh saja... 'Apakah saat yang paling indah lagi meceriakan dalam hidup kita?  Pergi bercuti?  Dapat gaji?  Makan free?  Atau... mungkin ada lagi yang lebih happening dari itu?.  Hah!  beli kereta baru?  Okey.. sounds great... masih boleh di terima. Tapi... bagi saya, ianya tentu takkan sama dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang kita rasakan bila kita jatuh cinta.  Betul tak?!  Siapa yang kata 'tidak' tu... something wrong some wherelah jawabnya.  Bukan nak mengeji.  Cuma... hemm.. belum cuba belum tahu.  Tak gitu?
       Jatuh cinta ni pun bukan boleh dicuba-cuba. Bukan juga macam eksperimen yang kita buat kat makmal sains di sekolah kita.  Ianya berlaku secara semulajadi.  Tanpa kita sedari keujudannya.  Bukan juga dipaksa-paksa.  Kerana itulah, kesannya terhadap diri 'si mangsa' sangat-sangat ketara hebatnya.  Ada yang makan tak kenyang.  Mandi tak basah... tidurpun tak lena dek kerana cinta.  Saya?  Hemm... saya biasalah.  macam orang lain juga.  Jadi, tak payah buka ceritalah ya.  Nanti... ada pula yang berlinangan si air mata... (Kalah filem Ombak Rindu tau!).  Lagipun, kisah cinta yang berlaku era lapan puluhan dulu tak sehebat sekarang.  Dulu... mana ada hand-set.  Tak ada internet.  Nak dating pun cuma kat 'Night market! kat state library... kat bus station jer.  KFC ke... Mc D... tak ada masa tu.  Tulis suratpun atas kertas kajang jer.  Ada duit lebih sikit, baru boleh beli kertas yang bercorak dan harum semerbak tu!  itupun... kena sembunyi-sembunyi.  Kalaulah mak ayah tahu... siap kau!! Hemph! macam tulah keadaannya "Bila aku jatuh cinta... kan ku sebut namamu.....".  Eh! sorrylah Awie Rafael.  Terlebihlah pulak.
       Sebenarnya, apa yang nak saya sentuh di sini... bukan tentang keasyikan bila sedang di lamun cinta.  Tapi... kesan dan trauma bagi orang yang PUTUS CINTA!!. Tentang kesengsaraan yang dilalui dan di rasai bila bahtera kasih yang di layari... karam dan hanyut di lautan.  Cinta yang diharapkan kekal dan abadi... putus di tengah jalan.  Walau sekuat manapun semangat yang masih tersisa, namun tetap akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh semula.  Hilang lenyap segala kepercayaan dan keyakinan kita pada keagungan dan kesucian cinta.  ketika itu... cinta sudah menjadi seperti api yang marak membakar... dan racun yang amat berbisa.  Hanya Tuhan saja yang tahu.. akan kesakitan dan kepedihan yang mencengkam jiwa dan raga.  Tiada lagi kemanisan cinta... yang tinggal hanya virus-virus kebencian yang kian menular dan dendam kesumat yang makin menggila! Betul tak?  Hemm... tepuk dada.  Tanya selera! Mungkin ada di antara kita yang pernah melaluinya.
       Bukan mudah sebenarnya bagi kita merawat hati yang terluka.  Namun, tidak ada yang sukar dan mustahil untuk kita lakukan selagi ada kemahuan.  Jangan sesekali memilih jalan singkat... walau ianya juga dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian.  Dengan akal waras yang Allah bekalkan pada kita... gunakanlah dengan sebaik-baiknya.
       Perpisahan bukan bererti berakhir sebuah kehidupan.  Mungkin ianya merupakan satu titik permulaan bagi kita menuju kearah kemakmuran.  Seboleh mungkin, jangan biarkan diri bersendirian menghadapi kemelut ini.  Cari teman... untuk kita luahkan tekanan.  Cuba dapatkan teman yang sehati dan sejiwa.  Orang yang kita boleh letakkan kepercayaan sepenuhnya.  Jika perlu, dapatkan khidmat kaunseling.  Doktor Cinta? Hemm... ada ke orang macam tu sekarang ni?  Kalau ada, baguslah.  Tapi ingat... jangan sampai tersalah pilih doktor cinta yang tak bertaulian.  Manalah tahu... kan, masalah lain pulak yang timbul nanti.
       Sebagai seorang muslim sejati, elok banyakkan beribadah dan berserah pada Allah.  Jangan biarkan diri terus hanyut dalam kesedihan.  Berceritalah dan merayulah kepadaNya.  Allah Maha Mendengar.  Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Ya... mungkin kita tidak mampu memenuhi kriteria sepertimana yang si dia harap-harapkan sehingga akhirnya kita di 'buang' begitu saja.  Atau... nungkin dia yang tidak layak menerima cinta, penghormatan dan penghargaan setinggi itu dari kita.  Ikhlaskanlah hati untuk melepaskannya pergi.  Insaya Allah... akan ada yang terbaik sedang menanti 'Cinta Sempuna'  kita di luar sana.  Berikan kesempatan untuk insan lain merawat hati kita yang terluka.  Manalah tahu... hidup kita akan jadi lebih bermakna dengan cinta kali yang ke dua!?.
        Semua orang suka mendengar lagu.  Namun, bagi mereka yang sedang putus cinta... jangan suka sangat melayan lagu-lagu yang menusuk perasaan.  Bimbang... akan bertambah parah jadinya.  Ceriakan hati dengan lagu-lagu yang boleh   membangkitkan semangat.  Cuba dengar lagu Chow Kit Road ke... lagu Standing In The Eye Of The World ke... asalkan tak menyentuh soal cinta lara.  Kalau nak lebih insaf lagi.... sesekali pasang telinga dengarkan lagu Munajat.  Nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.  Baru kita tahu... tinggi rendahnya langit Tuhan ni!!!
         Last but not least...  kembali bersosial dengan teman-teman.  Banyakkan aktiviti seperti beriadah dan berekreasi.  Jengah-jengahlah muka kat masjid dan surau.  Senang-senangkan hati ... selagi tidak melanggar syariat agama yang kita sanjungi.  Tak salah kalau kita memilih untuk kembali bersendiri.  Memang bukan mudah bagi kita mencari pengganti.  Takut kalau-kalau luka lama kan berdarah kembali.  Nak bina keyakinan diri... memerlukan kerja keras dan sokongan dan kepercayaan yang hakiki.  Amalkan solat Istiqarah... Insya Allah... akan ada petunjuk dariNya nanti.  Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita... kerana kita ni adalah hambaNya.
     Well... dah banyak sangat 'mak cik' ni membebel.  Harap... tak kan ada yang menanah telinga nanti.  Tapi apapun, 'mak cik' ni sekadar memberikan yang termampu.  berdasarkan pengalaman... barangkali.  Sebelum saya mengundurkan diri, satu lagi pesan saya.  Sentiasa bermohon kepada Yang di atas sana... agar memelihara dan melindungi cinta kita serta selalu merahmatinya... juga menjadikan ianya adalah yang terbaik untuk kita.  Jangan patah hati bila cinta putus saat kita masih ingin terus di sayangi.  Cinta tidak harus saling memiliki... dan tidak semua cinta berakhir ke jinjang pelamin.  Macam Lisa Surihani dan Yusri!


     "Ya Allah... Ya Tuhanku.  Allah yang mencipta cinta dan Allah juga yang menciptakan rindu.  Jadikanlah cinta dan rindu kami ini hanya untuk Mu.  Lembutkanlah hati-hati kami sebagaimana  Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud Alaihissalam..........".


       Sekian dari saya.  Sesungguhnya.... yang indah dan mulia itu adalah kurniaan dari Allah Yang Maha Esa,  Sedangkan yang buruk dan tidak sempurna itu... datangnya dari kelemahan diri saya.   Jumpa lagi... dan jaga diri baik-baik ya!  Ingat... Allah selalu bersama kita... asal kita sentiasa mengingatiNya!


Hasil nukilan...
Seri Dewi Malam.

Sunday 4 March 2012

Suratan... Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak di sangka
Seringkali mendatangi kita
Inikah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurangan
Masih tiada bertemu jawapan


       Assalamualaikum.  Hai!  Bertemu sekali lagi kita di slot bual bicara ini.  Apa khabar?  Sihat ke?  Hemm... saya doakan agar semua yang di luar sana baik-baik saja.  Kalau rasa tak sihat tu... tentu tahu apa yang nak di buat.  Pergilah ke klinik... dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.  Banyakkan berehat... dan jangan lupa, beristighfar pada Yang Maha Esa.  Allah sedang menguji hamba-bambaNya.  Tanda kasih dan sayangNya pada kita.  Sakit ini juga salah satu yang tidak kita duga kehadirannya.  Mungkin sudah suratan... atau kebetulan ianya datang untuk menginsafkan kita.  Melainkan... bagi siapa-siapa yang suka cari penyakit.  Sorrylah kalau ada yang terasa.  Jangan bawa sampai ke hati.  Sama-samalah kita renungkannya.  Jadikan sebagai satu pengajaran jika di fikirkan boleh membawa kebaikan.  Kalau tak nakpun... tak mengapa.  Bukannya nak memaksa.  Itu tandanya saya ambil berat tentang kalian semua.  Kalian semua sekarang sudah menjadi sebahagian dari kehidupan saya.  Tak gitu?
       Suratan... atau kebetulan.  Okey tak tajuk yang nak kita bualkan kali ini?  Harap-harap...  ada yang boleh kita jadikan sebagai santapan minda kita bersama.  Tapi sebelum tu, saya nak minta maaf dulu kalau-kalau nanti ada yang terasa hati.  Atau... mungkin maklumat yang saya berikan tak tepat dan meleret-leret macam gerabak kereta api.  Maklum... saya ni bukannya kolumnis akhbar atau mana-mana media cetak.  Sekadar melukut di tepi gantang yang punyai minat dan sedikit kemahiran yang di bekalkan oleh Tuhan.  So... kalau ada kekurangan tu... terimalah dengan lapang dada.  Kita bertemu di ruangan ni sekadar berkongsi idea dan cerita saja.
       Kita lahir ke dunia ini... memang sudah ditetapkan oleh Ilahi.  Begitu juga dengan nasib dan takdir yang sentiasa mengiringi usia kita.  Ada yang... bila celik mata saja, kaki dah menapak di dulang emas dan tembaga.  Tak kurang juga tidur atas duit.  Maklum.... serba-serbi keperluan hidup sehari-hari kena beli dengan duit!  Nak beli susu... kena guna duit.  Pempers tak ada yang percuma sekarang ni, kena beli dengan duit.  Buaian tak lagi di gantung pakai tali kat siling rumah... kena beli dengan duit.  Hemmm... semuanya pakai duit.  Kesian mak ayah kita.  Tapi sekarang, giliran kita pula yang merasa.  Suratan... atau kebetulan agaknya ya?
       Sesekali, terlintas juga di fikiran... apakah takdir yang kita tempuhi sepanjang kehidupan kita ni, berlaku kerana ianya sudah disuratkan begitu?  Atau... secara kebetulan saja ianya berlaku.  Atau... ianya seperti di sengajakan oleh pihak-pihak tertentu.  Atau, kita sendiri yang terpaksa memilih untuk berbuat begitu?
         Sekali lagi kita sentuh bab 'takdir' ini.  Ada ketikanya, apabila sesuatu kejadian dan insiden itu berlaku... lebih-lebih lagi jika ianya menjuruskan kepada keburukan dan kemalangan, kita dengan mudah menunding jari kita dan menyalahkan takdir.  Tak pakai helmet... naik motor tak cukup sifat... lepas tu merempit macam orang patah pinggang.  Hemph!! bila accident saja... terus salahkan takdir.  Suratan... atau kebetulan?   Suratan tu... memang ya!  Allah dah tetapkan sejak azali kemalangan itu akan terjadi.  Tapi... ianya jadi teruk sebab kebetulan kita yang pilih untuk jadi begitu.  Cubalah kalau segalanya serba sempurna.  Insya Allah.  Akan terselamatlah kita.  Kalau cederapun, calar sikit jer.  Hemmm... satu hal lagi.  Yang awak pergi usik orang tu... apasal?  Kan dah kena.  Kan lebih baik kalau duduk diam-diam.  Kalau admirer sekalipun, simpan jer dalam hati.  Berdoalah.. dan mohon pada Yang Maha Kuasa.  Kalau ada jodoh... takkan kemana.  Masalahnya, kalau si dia yang kita suka sesangat tu... dah ada yang punya.  So... nak buat cam no sekarang.  Berserahlah sajalah padaNya.   Kalau ditakdirkan akan jadi 'rezeki' kita... tapi kalau berlaku sebaliknya, jadikan saja sebagai sahabat dunia akhirat.  Soal pujaan hati kita tu tak bahagia dengan temannya... itu bukan masalah kita.  Jalan terbaik, doakan saja semoga si dia tu sentiasa bersabar menempuhi dugaan.  Ingat... jika kita mendoakan sesuatu kebaikan untuk orang lain... Allah s.w.t akan lipatgandakan lagi kebaikan itu pada diri kita.  Memang sudah suratan... kita selalu tersasar dalam membuat pilihan.  Tapi jangan anggap ianya satu kesilapan.  Kebetulan... Allah nak uji kemampuan kita.   Sekuat manakah kemampuan kita melayari kehidupan tersebut berbekalkan apa saja yang kita ada.  Kalau berjaya... syukur Alhandulillah.  Tapi kalau sebaliknya... jangan putus asa.  Berusahalah... untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup kita.
       Seperkara yang ingin saya sentuh disini... iaitu tentang apa yang saya sebutkan di awal-awal tadi.  Apa pula persepsi kita jika sesuatu itu berlaku berpunca dari rancangan  pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menyakitkan hati kita... apatah lagi dalam keadaan kita yang begitu naif dan tidak bersedia.  Mudah meletakkan kepercayaan pada orang lain dan menganggap segala kebaikan seseorang itu lahir dari hatinya yang ikhlas.  Wal hal... ada udang sebalik batu.  Hemm... tak mengapalah kawan.  Bersabar sajalah.  Anggap sebagai salah satu ujian dariNya.  Makin banyak kita di uji... makin dekat kita di sisi  Rabbi Izzati.  Tak salah jika kita tidak mahu memaafkan kesilapannya.  Mungkin tindakannya itu amat keterlaluan dan begitu menyakitkan.  Namun, apalah sangat kalau kita merendahkan hati.  Sedangkah Rasulullah sendiri berlapang dada memaafkan segala kesalahan umatnya.  Inikan pula kita insan yang tak punya apa-apa. Di waktu yang sama juga, sebaik mungkin janganlah kita dengan sengaja berbuat sesuatu untuk menyusahlan hidup orang lain.  Lepas tu, dengan selamba kita berkata... " Dah takdir, nak buat macam mana".  Hemm... sampainya hati kita.  Last but not least, sebagai insan yang mengakui islam sejati... kita harus percaya pada rukun iman yang keenam.  'Percaya kepada Qada dan Qadar'.  Nak tahu apa... dan kenapa?  Tanyalah Ustaz!  Insya Allah... kalau ada maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perkara tersebut, kita bincangkan lagi di lain kali... okey.  Sebelum mengundurkan diri,  sekali lagi hambaNya yang tidak punya kelebihan apa-apa ni nak berpesan, buat baik berpada-pada... buat jahat jangan sekali.  Sebelum melakukan sesuatu tindakan... banyakkan berfikir dan lihat akan kesannya di kemudian hari terutama terhadap insan sekeliling.  Tak baik kalau hanya mementingkan diri dan perasaan sendiri sehingga sanggup mempertaruhkan hubungan baik yang telah sekian lama terjalin.  Itu namanya... tak ada kerja, cari kerja.  Kalau berfaedah... tak mengapalah.  Ini tidak.... Hemph!  ampun ampun.
       Okeylah ya.  Kita jumpa lagi nanti.  Jangan nakal-nakal... dan senyum-senyumlah selalu.  Apa yang baik itu datangnya dari Yang maha Pencipta.  Setiap keburukan itu... datang dari kelemahan diri saya sendiri.  maklum... saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.  (Walaupun...... ) Janganlah pula serik untuk terus mengikuti cetusan minda saya lagi ya. Saya ni memang macam ni. Kadang-kadang.. banyak songeh!


Sekian, salam manis dari saya...

Seri Dewi Malam

Thursday 1 March 2012

SAKIT ITU... KIFARAH

Sakit ini menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya.. bisa menitiskan air mata
Jatuh.. rasanya langit ini.


     Rasanya... macam tak ada langsung kaitan lirik lagu nyanyian penyanyi tersebut dengan apa yang akan kita bincangkan nanti.  Namun, bila di fikirkan kembali... tak jauh bezanya dengan situasi yang kita lalui tatkala kita di khabarkan tentang penyakit yang kita deritai.  Tentu sedih... kan?  Malah... seribu satu macam persoalan mula menyerang hendap dan menerjah perasaan kita pada masa itu.  Begantung pula dengan siapa diri kita... dan apa pula pegangan kita.  Tepuk dada... tanya selera.
       Usai membaca cetusan minda seorang bloggers yang amat aku kgumi, aku terus terpanggil untuk turut sama berkongsi pendapat dan pengalamanku bersama beliau.. juga dengan bloggers-bloggers yang sudi melayari ruangan kecil ini.
       Bila kita bercakap tentang 'sakit'...pasti ramai yang di luar sana akan bersetuju denganku.  'Tidak ada seorang insanpun di dunia ini yang mahu dirinya di timpa penyakit'.  Betul... kan?  Tapi nak buat macam mana... bukan atas kemampuan kita untuk menetapkan insiden itu harus berlaku... atau sebaliknya.  Allah s.w.t  punya sebabNya yang tersendiri untuk menentukan perkara tersebut.  Sebagai hamba... kita harus redha menghadapinya.  Di setiap kejadian yang Allah tentukan itu... pasti ada petunjuk dan hikmah yang ingin di sampaikan kepada kita.  Tapi.... tak tahulah kalau kita ni jenis yang suka cari penyakit!!
       Cerita tentang 'sakit' ini seringkali mengingatkan aku pada pengalaman pahit yang pernah menimpa diriku suatu ketika dulu.  Aku pernah terlantar di katil hospital gara-gara sakit perut yang aku sendiri tidak tahu apa puncanya.  Bayangkanlah... tubuhku yang agak berisi ini sampai jadi kurus kering akibat terlalu tersiksa menanggung derita.  Bila doktor dan jururawat melakukan sesi 'lawatan sambil belajar', aku cuma mampu diam membisu seribu bahasa.  Sakit yang ku tanggung... tak dapatku gambarkan dengan kata-kata.  Dalam hati... aku hanya mampu berserah pada Yang maha Pencipta.  Selama tiga hari aku di rawat,  aku terpaksa melalui ujian demi ujian... termasuklah Ultrasound.  (Teringat pula masa tengah pregnent dulu! Cuma kali ini....  hemmm... bukan di sebabkan oleh masalah kandungan.  Tapi... perut aku yang buat hal!).  Kemudian, aku terpaksa melakukan ujian 'endoskopi'.  Subhanallah!  Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ngerinya perasaanku waktu itu.  Aku tak mampu menahan air mata yang deras mengalir.  Mujur ada yang prihatin dan memberikan kata-kata semangat.  namun... aku tetap bersyukur kerana prosedurnya agak singkat dan berjalan dengan lancar.  Hasilnya... petugas tersebut hanya mengatakan bahaswa ada sedikit luka di usus... dan ianya tidak membahayakan.  Alhamdulillah!  Tapi... kenapa aku mesti melalui keadaan sakit yang teramat sangat?!  Itulah yang buat aku 'migrain' sampai sekarang ni.  Apapun... aku tetap redha dengan apa yang telah terjadi.  Siapa diri kita yang mahu melawan takdir???
       Sebenarnya, banyak perkara yang meletakkan aku sebagai 'satu kepala' dengan ibu hebat ini (teman rapatku itu).  Salah satu darinya, sakit ini adalah ujian dari Allah Azzawajalla buat kita... dengan tujuan untuk menaikkan darjat dan martabat kita di sisiNya.  Tapi... kita sendiri tahu kan.  Tak semudah itu.  Pelbagai saringan dan tapisan yang perlu kita tempuhi.  Nak dapat hasil yang terbaik... kena berkorbanlah sedikit.  Bukan susah sangat.  Hemmm... mula-mula...  banyakkan bersabar.  Sentiasa ingat pada Allah.  Dengan izinNya... penyakit itu datang dan menyelinap masuk ke dalam tubuh kita.  Dengan izinNya juga... penyakit itu akan pergi dan hilang entah ke mana.  Perlu ada motivasi diri.  Jangan asyik nak ber'adoi' saja.  Sebut nama Allah di setiap ketika & bermunajatlah selalu.  InsyaAllah! kesakitan itu akan bertukar menjadi nikmat yang tak terkata.  Kemudian...  Berusahalah utk berubat.  Cari penawar sepertimana yang di sarankan bersesuaian dengan penyakit yang kita hidapi.  Kalau bukan melalui perubatan moden, amalanlah rawatan alternatif.  Perubatan cara islam juga sudah semakin popular sekarang ini.  Asal tidak melanggar akidah... lakukanlah demi kesihatan jasmani dan rohani yang ingin kita perolehi.  Seperkara lagi yang harus kita ingat, Allah mendatangkan setiap penyakit itu ... seiring dengan penawarnya . Jadi ... janganlah berputus asa .. bertawakallah .. lambat atau cepat kita pasti akan menemui penawar itu .  Ikhlaskan lah hati bila perlu mengeluarkan sedikit belanja . Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan jangka panjang kita .. apabila kita memerlukan supplemant dan makanan kesihatan untuk membantu proses penyembuhan ..       
       Anggaplah penyakit itu sebagai satu kifarah . Cara yang terbaik untuk kita membersihkan diri dan hati dari noda dan dosa . Bersyukurlah bila kita dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagialah bagi orang-orang yang beriman .. 
     Sekian dariku untuk kali ini .. harap berjumpa kembali pada 'episod' yang akan datang nanti ... apa yang baik itu datangnyadari Allah s.w.t .. dan apa yang buruk itu datang dari diri saya sendiri ... terima kasih ..
  


Nukilan
Seri Dewi Malam