Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap.. dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan...
(Tajuk lagu : Dalam Kenangan)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum... Hai!
Syukur Alhamdulillah. Bertemu kita sekali lagi pada hari yang indah lagi berbahagia ini. Doaku semoga kalian semua sihat dan ceria selalu hendaknya... serta sukses dalam melakukan aktiviti dan tugas harian. Amal dan ibadah... jangan pula kita lupakan. Selain dari tanggungjawab kita.. anggaplah ianya sebagai satu cara untuk kita mengucapkan kesyukuran pada Yang Maha Pencipta atas segala kurniaan dan anugerahNya.
Rasanya, dah lama jugak aku tak berkongsi cerita dan pengalamanku di arena ini. Bukannya aku lupa atau sengaja mahu menyepikan diri.. tapi aku benar-benar tak punya kesempatan macam dulu. Masa senggangku kebanyakannya ku habiskan dengan menghasilkan novel. Hemm... sementara ada peluang ni, dan ada penerbit yang bermurah hati memberikan kerjasama... apa salahnya kita gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya. Lagipun, semenjak dua menjak ni... aku dah 'jatuh cinta' dengan dunia penulisan. Rasanya... itu lebih baik dari jatuh tangga... kan? Kalau tak mengadap komputer sehari... aku boleh 'demam' terkena sakit rindu! Mungkin sudah suratan Ilahi... inilah duniaku... dan inilah sumber rezeki untukku. Malah, ku jadikan bidang ini sebagai platform untuk ku luahkan segala yang terbuku di hati... juga sebagai cermin untukku menyatakan apa yang ku rasai dan aku lalui sepanjang perjalanan hidupku ini.
Ish! Meleret-leret pula mukaddimahnya. Sorry... harap tak ada yang menanah biji mata. Sebetulnya, tak ada apa yang bestpun, yang inginku catatkan buat santapan minda kalian semua. Sekadar mengaktifkan kembali blog kesayanganku ini.. itu saja. Mungkin... ada yang tertunggu-tunggu bingkisan dari ku barangkali? Terima kasihlah... kerana sudi melayari dan melayani.
Hari ini, aku cuba meluangkan masa menonton perlawanan bolasepak yang disertai oleh anakku yang keempat. Taklah begitu memberangsangkan... namun, aku tetap merasa bangga dengan bakat dan kesungguhan yang ada pada diri anakku itu. Sebagai ibu, aku hanya mampu memberikan dorongan... dan sentiasa mendoakan agar kesemua anak-anakku berjaya dalam setiap bidang yang mereka ceburi.
Sebetulnya, ada perkara lain yang begitu menarik perhatianku sepanjang berada di padang bola di sebuah sekolah menengah di bandar Jitra petang tadi. Melihatkan pelajar-pelajar perempuan yang berjalan melintasiku dengan pakaian seragam sekolah mereka... aku teringatkan alam persekolahan yang telah ku tinggalkan hampir dua puluh tujuh tahun yang lalu. Masih dengan warna baju dan kain yang sama. Cuma... pada waktu itu... pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan tidak begitu besar jurang perbezaannya. Bukan maksudku kami bebas bergaul! Tapi... pada masa tu, hubungan yang terjalin berlandaskan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Tiada apa-apa perasaan yang tersimpan di dalam hati. Malah, kami boleh menjadi sahabat karib yang boleh berkongsi segala-galanya, cerita... masalah atau apa saja. Rasanya tak macam sekarang. Budak sekolah tadikapun... dah pandai main cinta! Anakku yang kat standard onepun... hemmm... boleh tahan jugak keletahnya. Tapi... aku selalu pantau... dan nasihatkan anakku itu agar jangan lebih-lebih sangat! So far... okeylah. dia anak yang mendengar kata. Aduhai... apa yang kawan-kawannya tenguk pada budak kecik macam tu? Dahlah lasak... banyak akal pulak!!
Aku sedikit terkilan dengan masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekarang. Tak tahu apa yang mempengaruhi pemikiran mereka dan kenapa ianya sukar dibendung. Kasihan juga mengenangkan nasib guru-guru kita. Tak dapat kubayangkan... pada masa-masa yang akan datang, semua cikgu-cikgu diwajibkan memiliki tali pinggang hitam! Atau... sekurang-kurangnya 'sharp-shooter'!!! Tapi.. kalau boleh, janganlah sampai macam tu sekali. Sebagai ibu bapa dan waris, sama-samalah kita berganding bahu bagi meringankan tugas cikgu-cikgu yang mendidik dan mengasuh anak-anak kita. Insya Allah... sedikit demi sedikit, masalah disiplin pelajar akan berkurangan dan dapat kita atasi dengan sewajarnya. Ini bukannya apa... saja nak recall. Dulu... konon nak jadi cikgu. Tapi... hemph!
Well... cukup sampai di sini dulu ya. Sehingga bersua kembali di lain waktu, pesanku... jaga diri baik-baik. Utamakan keselamatan dan kesihatan. Jangan stress sangat... nanti susah nak lelapkan mata. Masalah lain pulak yang timbul nanti. Siapa yang susah... tak gitu. Kenangi daku dalam doa kalian semua. Selamat Maju Jaya... dan Selamat berkarya! Bye!!!
Luahan rasa...
Seri Dewi Malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment