Wednesday, 25 April 2012
Kau Yang Teristimewa
Dari kerana mata...
Yang mempunyai kuasa.
Ohh... aku tergoda
Aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata........
Saat pertama kali memandang cover novel ini, aku jadi terkesima. Mulutku yang sebelumnya asyik pok pek pok pek... terkunci tiba-tiba. Perasaanku pada ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu... dan ianya tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Terungkapnya kalimah 'Subhanallah'... menjadi tanda betapa bersyukurnya aku pada Yang Maha Pencipta. Lalu... air mata kegembiraanpun mengalir membasahi pipi. Dan akhirnya akupun... tersenyum sendiri.
Alhamdulillah... impianku selama bertahun ini, kini menjadi kenyataan. Novelku yang ketiga telah selamat diterbitkan oleh Nukilan Unggul dan tidak lama lagi... InsyaAllah pada 29hb. April 2012 ini, akan dilancarkan di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa... seterusnya berada di pasaran. Aku sebetulnya makin teruja sehingga tidak sabar rasanya untuk menghadiri majlis yang gilang gemilang itu... bukan saja sebab dapat balance bayaran sepertimana yang telah dijanjikan. Apa yang penting, aku dapat tengok keseluruhan buku tersebut. Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, situasi sebegini cuma 'biasa-biasa saja'. Namun, bagi penulis baru seperti aku... ianya bagaikan mimpi bulan jatuh ke riba! Segala penat lelah juga susah payahku selama menghasilkan novel ini, seperti dibawa angin lalu. Apa yang mampu kunyatakan saat ini... "I am so happy!!!".
Kisah yang kupaparkan kali ini ialah tentang percintaan antara seorang gadis berpendidikan tinggi bernama Nina Suraya... dengan seorang lelaki misteri bernama Adam... yang juga merupakan sepupunya sendiri. Alam roh telah mempertemukan hati mereka berdua. Cinta terlarang ini telah mengikat kasih mereka untuk hidup bersama. Biarpun pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi... namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kekuatan cinta yang telah termeteri. Kehadiran Adam di alam nyata sebenarnya kerana mahu menuntut janji. Janji? Apa yang telah dijanjikan kepada lelaki itu? Siapa yang akhirnya berjaya memiliki Nina? Adam.. Amer atau Ikhmal? Bagaimanakah kesudahannya nanti? Sama-samalah kita layari pengalaman manis yang Nina lalui dalam novel romantik misteri berjodol 'Kau Yang Teristimewa' ini. Semoga kita semua dapat turut sama mengembara ke alamnya. Alam yang penuh dengan nyawa, warna dan rasa.
Sampai di sini dulu buat sementara waktu. Hingga bersua kembali, terimalah setinggi-tinggi penghargaan dariku atas dorongan kalian terutama sekali seisi keluargaku dan juga teman-teman baikku yang selama ini begitu memahami minat dan kecenderunganku menceburkan diri bidang serba mencabar ini. Juga atas nasihat dan tunjukajar yang Cikgu Nasir berikan... di samping sokongan moral dari rakan-rakan seperjuangan di 3P. Tidak lupa buat warga kerja Nukilan Unggul yang telah banyak memberikan kerjasama yang tidak ternilai harganya. Sekalung budi buat Encik Khairul Hazami... selaku Pengarah Urusan Buat Encik Shafie... orang kuat NU merangkap Ketua Editor. Juga buat Cik Siti yang cantik manis... serta Encik Razali... atas sumbangan beliau dalam memberikan idea sehingga menghasilkan ilustrasi yang amat menarik sekali! Buat Ruzai serta Fairuz... thank you for everything my dear! Yang lain-lain tu... sorrylah tak dapat nak disebutkan di sini kerana kita belum dipertemukan lagi. InsyaAllah... semoga diberikan olehNya keizinan untuk kita saling mengenali... maka dapatlah ku sampaikan ucapan terima kasihku ini! Tiada ganjaran yang dapat ku persembahkan sebagai balasan... selain dari doa dariku semuga Allah Rabbul Izzati melimpahkan rahmat, keberkatan dan keredhaan. Di samping harapan yang seluas langit yang membiru... agar hubungan silaturrahim yang terjalin akan terus kekal abadi hingga ke akhir hayat kita di dunia ini... InsyaAllah. Sekian... selamat berkarya dan selamat maju jaya. Bagi yang ingin menjadi penulis novel seperti aku... let's join the club and be a part of this fascinating and very exciting experience!
Wassalam.....
Dari mata... turun ke hati
Seri Dewi Malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment