background

Wednesday, 25 April 2012

Kau Yang Teristimewa




Dari kerana mata...
Yang mempunyai kuasa.
Ohh... aku tergoda
Aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata........




       Saat pertama kali memandang cover novel ini, aku jadi terkesima.  Mulutku yang sebelumnya asyik pok pek pok pek... terkunci tiba-tiba.  Perasaanku pada ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu... dan ianya tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata.  Terungkapnya kalimah 'Subhanallah'... menjadi tanda betapa bersyukurnya aku pada Yang Maha Pencipta.  Lalu... air mata kegembiraanpun mengalir membasahi pipi.  Dan akhirnya akupun... tersenyum sendiri.
       Alhamdulillah... impianku selama bertahun ini, kini menjadi kenyataan.  Novelku yang ketiga telah selamat diterbitkan oleh Nukilan Unggul dan tidak lama lagi... InsyaAllah pada 29hb. April 2012 ini, akan dilancarkan di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa... seterusnya berada di pasaran.  Aku sebetulnya makin teruja sehingga tidak sabar rasanya untuk menghadiri majlis yang gilang gemilang itu... bukan saja sebab dapat balance bayaran sepertimana yang telah dijanjikan. Apa yang penting, aku dapat tengok keseluruhan buku tersebut.  Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, situasi sebegini cuma 'biasa-biasa saja'.  Namun, bagi penulis baru seperti aku... ianya bagaikan mimpi bulan jatuh ke riba!  Segala penat lelah juga susah payahku selama menghasilkan novel ini, seperti dibawa angin lalu.  Apa yang mampu kunyatakan saat ini... "I am so happy!!!".
       Kisah yang kupaparkan kali ini ialah tentang percintaan antara seorang gadis berpendidikan tinggi bernama Nina Suraya... dengan seorang lelaki misteri bernama Adam... yang juga merupakan sepupunya sendiri.  Alam roh telah mempertemukan hati mereka berdua.  Cinta terlarang  ini telah mengikat kasih mereka untuk hidup bersama.  Biarpun pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi... namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kekuatan cinta yang telah termeteri.  Kehadiran Adam di alam nyata sebenarnya kerana mahu menuntut janji.  Janji? Apa yang telah dijanjikan kepada lelaki itu? Siapa yang akhirnya berjaya memiliki Nina?  Adam.. Amer atau Ikhmal? Bagaimanakah kesudahannya nanti?  Sama-samalah kita layari pengalaman manis yang Nina lalui dalam novel romantik misteri berjodol 'Kau Yang Teristimewa' ini.  Semoga kita semua dapat turut sama mengembara ke alamnya.  Alam yang penuh dengan nyawa, warna dan rasa.
     Sampai di sini dulu buat sementara waktu.  Hingga bersua kembali, terimalah setinggi-tinggi penghargaan dariku atas dorongan kalian terutama sekali seisi keluargaku  dan juga teman-teman baikku yang selama ini begitu memahami minat dan kecenderunganku menceburkan diri bidang serba mencabar ini.  Juga atas nasihat dan tunjukajar yang Cikgu Nasir berikan... di samping sokongan moral dari rakan-rakan seperjuangan di 3P. Tidak lupa buat warga kerja Nukilan Unggul yang telah banyak memberikan kerjasama yang tidak ternilai harganya.  Sekalung budi buat Encik Khairul Hazami... selaku Pengarah Urusan  Buat Encik Shafie... orang kuat NU merangkap Ketua Editor.  Juga buat Cik Siti yang cantik manis... serta Encik Razali... atas sumbangan beliau dalam memberikan idea sehingga menghasilkan ilustrasi yang amat menarik sekali!  Buat Ruzai serta Fairuz... thank you for everything my dear!  Yang lain-lain tu... sorrylah tak dapat nak disebutkan di sini kerana kita belum dipertemukan lagi.  InsyaAllah... semoga diberikan olehNya keizinan untuk kita saling mengenali... maka dapatlah ku sampaikan ucapan terima kasihku ini!  Tiada ganjaran yang dapat ku persembahkan sebagai balasan... selain dari doa dariku semuga Allah Rabbul Izzati melimpahkan rahmat, keberkatan dan keredhaan.  Di samping harapan yang seluas langit yang membiru... agar hubungan silaturrahim yang terjalin akan terus kekal abadi hingga ke akhir hayat kita di dunia ini... InsyaAllah.  Sekian... selamat berkarya dan selamat maju jaya.  Bagi yang ingin menjadi penulis novel seperti aku... let's join the club and be a part of this fascinating and very exciting experience!


Wassalam.....




Dari mata... turun ke hati
Seri Dewi Malam.

Monday, 9 April 2012

SEGALANYA KAN ABADI DALAM KENANGAN

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap.. dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan...
(Tajuk lagu :  Dalam Kenangan)

 
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum...  Hai!
Syukur Alhamdulillah.  Bertemu kita sekali lagi pada hari yang indah lagi berbahagia ini.  Doaku semoga kalian semua sihat dan ceria selalu hendaknya...  serta sukses dalam melakukan aktiviti dan tugas harian.  Amal dan ibadah... jangan pula kita lupakan.  Selain dari tanggungjawab kita.. anggaplah ianya sebagai satu cara untuk kita mengucapkan kesyukuran pada Yang Maha Pencipta atas segala kurniaan dan anugerahNya.
       Rasanya, dah lama jugak aku tak berkongsi cerita dan pengalamanku di arena ini.  Bukannya aku lupa atau sengaja mahu menyepikan diri.. tapi aku benar-benar tak punya kesempatan macam dulu.  Masa senggangku kebanyakannya ku habiskan dengan menghasilkan novel.  Hemm... sementara ada peluang ni, dan ada penerbit yang bermurah hati memberikan kerjasama... apa salahnya kita gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya.  Lagipun, semenjak dua menjak ni... aku dah 'jatuh cinta' dengan dunia penulisan.  Rasanya... itu lebih baik dari jatuh tangga... kan?  Kalau tak mengadap komputer sehari... aku boleh 'demam' terkena sakit rindu! Mungkin sudah suratan Ilahi... inilah duniaku... dan inilah sumber rezeki untukku.  Malah, ku jadikan bidang ini sebagai platform untuk ku luahkan segala yang terbuku di hati... juga sebagai cermin untukku menyatakan apa yang ku rasai dan aku lalui sepanjang perjalanan hidupku ini.
     Ish! Meleret-leret pula mukaddimahnya.  Sorry... harap tak ada yang menanah biji mata.  Sebetulnya, tak ada apa yang bestpun, yang inginku catatkan buat santapan minda kalian semua.  Sekadar mengaktifkan kembali blog kesayanganku ini.. itu saja.  Mungkin... ada yang tertunggu-tunggu bingkisan dari ku barangkali?  Terima kasihlah... kerana sudi melayari dan melayani.
     Hari ini, aku cuba meluangkan masa menonton perlawanan bolasepak yang disertai oleh anakku yang keempat.  Taklah begitu memberangsangkan... namun, aku tetap merasa bangga dengan bakat dan kesungguhan yang ada pada diri anakku itu.  Sebagai ibu, aku hanya mampu memberikan dorongan... dan sentiasa mendoakan agar kesemua anak-anakku berjaya dalam setiap bidang yang mereka ceburi.
       Sebetulnya, ada perkara lain yang begitu menarik perhatianku sepanjang berada di padang bola di sebuah sekolah menengah di bandar Jitra petang tadi.  Melihatkan pelajar-pelajar perempuan yang berjalan melintasiku dengan pakaian seragam sekolah mereka... aku teringatkan alam persekolahan yang telah ku tinggalkan hampir dua puluh tujuh tahun yang lalu.  Masih dengan warna baju dan kain yang sama.  Cuma... pada waktu itu... pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan tidak begitu besar jurang  perbezaannya.  Bukan maksudku kami bebas bergaul!  Tapi... pada masa tu, hubungan yang terjalin berlandaskan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain.  Tiada apa-apa perasaan yang tersimpan di dalam hati.  Malah, kami boleh menjadi sahabat karib yang boleh berkongsi segala-galanya, cerita... masalah atau apa saja.  Rasanya tak macam sekarang.  Budak sekolah tadikapun... dah pandai main cinta!  Anakku yang kat standard onepun... hemmm... boleh tahan jugak  keletahnya.  Tapi... aku selalu pantau... dan nasihatkan anakku itu agar jangan lebih-lebih sangat!  So far... okeylah.  dia anak yang mendengar kata.  Aduhai... apa yang kawan-kawannya tenguk pada budak kecik macam tu?  Dahlah lasak... banyak akal pulak!!
       Aku sedikit terkilan dengan masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekarang.  Tak tahu apa yang mempengaruhi pemikiran mereka dan kenapa ianya sukar dibendung.  Kasihan juga mengenangkan nasib guru-guru kita.  Tak dapat kubayangkan... pada masa-masa yang akan datang, semua cikgu-cikgu diwajibkan memiliki tali pinggang hitam!  Atau... sekurang-kurangnya 'sharp-shooter'!!!  Tapi.. kalau boleh, janganlah sampai macam tu sekali.  Sebagai ibu bapa dan waris, sama-samalah kita berganding bahu bagi meringankan tugas cikgu-cikgu yang mendidik dan mengasuh anak-anak kita.  Insya Allah... sedikit demi sedikit, masalah disiplin pelajar akan berkurangan dan dapat kita atasi dengan sewajarnya.  Ini bukannya apa... saja nak recall.  Dulu... konon nak jadi cikgu.  Tapi... hemph!
       Well... cukup sampai di sini dulu ya.  Sehingga bersua kembali di lain waktu, pesanku... jaga diri baik-baik.  Utamakan keselamatan dan kesihatan.  Jangan stress sangat... nanti susah nak lelapkan mata.  Masalah lain pulak yang timbul nanti.  Siapa yang susah... tak gitu.  Kenangi daku dalam doa kalian semua.  Selamat Maju Jaya... dan Selamat berkarya! Bye!!!


Luahan rasa...
Seri Dewi Malam


 

Sunday, 8 April 2012

Segmen Interview Review By Hana


Assalamualaikum. Hari ni Kak Ila sertai segmen lagi. Terima kasih atas pelawaan Hana.
Okay, straight to the point..
Nama : Rozeela Ahmad
Umur : 44 tahun (21 march ago ;])
Konsep blog : simple but nice
Perasaan menjadi seorang blogger : Happy ! :D
tag : SyazanaIqen
okay tu saja ...assalamualaikum