Rasanya... dah agak lama saya tak berkongsi kisah saya di ruangan ini. Nak kata sibuk sangat tu.... tak jugak. Tak ada idea kot. Tapi tak pe lah. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Ada dengan tak ada... sama jerrr. Hari ni pun, tak ada cerita best yang nak saya kongsikan. Sekadar luahan hati saya tentang sebuah drama bersiri yang sedang ditayangkan di tv.
Finally... dapat jugak saya tengok cerita tu.... walaupun terpaksa mendapatkannya di tonton.com. Patutlah selama ni saya beria-ia sangat, sebab... ceritanya memang best. Best gillerrr! Emo habis. Saya sendiri tak dapat membayangkan kalau saya berada di tempat LIA SURAYA. Terlalu sedih dan tertekan setelah kehilangan kekasih hatinya... KALIL. Biarpun sudah ada pengganti... pilihan mamanya sendiri pulak tu. Tapi... hatinya tetap berkata bahawa dia akan tunggu KALIL sampai bila-bila. Habis macam mana tu? Macam mana kalau KALIL nebar-benar sudah pergi meninggalkan dunia ini? Atau.... dapatkah DOKTOR HUD menggantikan tempat KALIL sebagai teman hidup LIA SURAYA? Dan... bagaimana pulak kalau tiba-tiba saja, KALIL muncul disaat LIA SURAYA sudah benar-benar nekad melupakannya? Adakah sanggup mereka melepaskan CINTA itu pergi buat selama-lamanya? Fuhhhh!!!
Saya selalu berharap agar dapar menghasilkan sebuah karya sehebat CINTA JANGAN PERGI. Sampai sekarang...saya masih lagi mencari. Saya inginkan kelainan... tapi entahlah. 'Cinta' sekuat itu masih belum saya temui. Saya hanya mampu berharap. Berharap dan terus berharap.
Kalau dalam drama, kita boleh ujudkan watak yang bukan saja dibawa oleh artis yang berkaliber dan disukai ramai. Tapi... kalau dalam arena penulisan, kita sendiri yang kena ujudkan kedua-dua elemen tersebut. Bayangkan... memang bukan mudah menjadi seorang penulis novel... kan? Hemmm... apapun, saya tak boleh give-up. Saya yakin... Insya Allah, saya mampu menghasilkan yang terbaik Kalau bukan dimata orang lain sekalipun, biarlah ianya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri..
Saya harap, dapat menontonnya di kaca tv. Baru puas tengok wajah ayu pelakon kegemaran saya. Suka jugak tengok karektor supporting actress. Sebab tu la... cerita CINTA JANGAN PERGI... benar-benar menyentuh hati. Awak semua setuju tak dengan pendapat saya ni?
Hemm... saya nak layan ARIANA MIKAIL lah pulak. Kita jumpa lagi ya. Bye!
p/s Pejam celik pejam celik... beberapa hari saja lagi kita dah mengundi. So... buat yg terbaik ya... demi kemakmuran dan kesejahteraan negara kita yg tercinta. Saya sayang Malaysia.
Wabillahitaufik-Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah....
No comments:
Post a Comment