background

Friday, 24 February 2012

Syurga Itu Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Mengimbas kembali cerita seorang teman rapat tentang penderitaan seorang ibu yang mempunyai seorang anak bergelar penjenayah, pasti akan membuatkan hati setiap ibu menjadi terharu dan turut sama berduka. Apa tidaknya, anak yang lahir dari rahimnya sendiri.. setelah dikandung selama 9 bulan 10 hari.. dibelai dan dimanja hampir setiap masa. Anak yang dididik dan diasuh dengan ilmu agama agar menjadi insan yang berguna dan diharapkan agar dapat menjaga nama baik keluarga akhirnya turut sama mengheret nama si ibu ke kancah yang mengaibkan lagi terhina.
Salah siapa? Salah anak itukah? Yang dilabel sebagai anak durhaka! Atau... Salah masyarakatkah? Kerana tidak peka dan kurang perihatin dengan keadaan sekeliling. Atau.. mungkin salah ibu itu sendiri... kerana tidak tahu mendidik anak. Terlalu memanjakan anak itu sehingga melampaui batasan. Tepuk dada, tanya selera. Jangan lah kita hanya pandai menuding jari semata-mata. Perhatikan dengan teliti.. satu jari kita menuding ke arah orang lain tiga lagi jari kita akan berbalik ke arah diri kita sendiri.
Apa yang dapat kita simpulkan sekadar menerimanya sebagai asam garam dalam kehidupan. Yang buruk kita jadikan sempadan... mana yang baik kita jadikan teladan. Bagi ibu malang itu, semoga beliau tetap tabah menerima ketentuan takdir Yang Maha Esa. Berkat kesabaran dan keimanan yang masih tersisa.. Insyaallah akan ada ketenangan yang menunggu di hari muka.
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahir dan membesarkan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu

Seri Dewi Malam

No comments:

Post a Comment