menjadi lebih dewasa..
meniti arus angkara.
lupakan kisah nan lalu..
teguhkan tugu imanmu..
doaku buat kekasih..
yang dulu usah dirindu..
hilangkanlah dari hatimu..
Doaku buatmu kekasih....
Bismillahhirrahmanirahim....
kalau nak dikatakan aku ni peminat setia Semanis Kurma....tak jugak. tapi....seboleh mungkin, aku akan cuba untuk tidak melepaskan peluang menonton rancangan tesebut. Maklum...semua orang tahu tentang pengisian program itu..banyak maklumat, nasihat dan pedoman yang dapat dijadikan sebagai panduan..susun atur rancangannya begitu santai dan mudah difahami. Diselang selikan dengan jenaka para pengacaranya...Tidak hairanlah jika Semanis Kurma mampu bertahan sebagai rancangan bual bicara berbentuk keagamaan yang mempunyai peminatnya yg tersendiri.
Entah mengapa aku pun tak pasti kenapa baru-baru ini hampir seminggu aku terlepas iklan rancangan tersebut...Jadi aku tak mengetahui isu baru yg akan dibincangkan.....sehingga malam jumaat mnjelang, aku terus trlupa mlm trsebt ada semanis kurma... Aku sebalik leka menonton sebuah cerita bercorak sains fiksyen bersama keluarga. Alien Vs Predator (AVP)... walhal cerita trsebut sudah beberapa kali ku tonton seblum ini...namun kerana minat aku langsung tidak melepaskan peluang itu... Keesokannya, baru aku terfikir utk menonton program trsebut secara online...aku sudah pn dimaklumkan tentang tajuk yg akan diutarakan dlm program kali ni. Iaitu "Cinta Baru Kekasih Lama"..memang tidak dpat disangkal lagi isu yg dketengahkan kali ini agak sensitif dan pasti menyentuh peribadi pihak trtentu...namun jika difikirkan dengan akal positif iainya adalah isu semasa yg hangat diperkatakan di mana-mana saja...
Aku admire dengan stail Dr Rubiah memberikan komen dan menjelaskan tentang cara merungkaikan masalah seterusnya menyelesaikan persoalan trsebut. Benar sepertimana pendapat Dr Rubiah, tiada guna diteruskan sebuah prhubungan kalau masing2 sudah tiada persefahaman, kesetiaan, kepercayaan dan rasa kasih sayang. Ikatan yg seharusnya ada toleransi...rasa saling menghargai dan menghormati kini ibarat meniti titian berduri...memang tidak mudah bg kita mengambil kata putus tanpa terlebih dahulu berusaha mencari jalan keluar. Pelbagai pendapat dan pandangan yg kita dengar. Semuanya menjurus kepada perpisahan. Kalaulah ianya berakhir dgn jalan damai,tentunya ia akan memuaskan hati kedua2 belah pihak..tapi bagaiman pula sebaliknya? mahukah kita menghadapi situasi2 yg kurang menyenangkan hampir setiap hari? tentu tidak.Siapa pn takkan sanggup menghadapinya. Alangkah bagus jika kita dapat mengelaknya daripada berlaku. Berjuanglah sehabis mungkin untuk mempertahankan 'masjid' yg kita bina.Setiap kali bila berlakunya pertelingkahan dan perselisihan pendapat.... cara yg terbaik adalah back to basic....banyakkan memohon petunjuk dari Allah S.W.T...dan memuhasabah diri...cuba cari ruang untuk kita menilai semula kemampuan kita serta sumbangan yg diberikan pasangan kita selama ini...fikirkan juga tentang anak-anak....tentang masa depan mereka...tentang pembinaan sahsiah dan peribadi mereka...jangan sampai kerana marahkan nyamuk..habis kelambu dibakar....
Tiada laut yg tidak bergelora...tiada bumi tidak ditimpa hujan...manusia juga tidak semua yg sempurna..kita juga tidak punya kekuatan untuk melawan takdir Allah S.W.T dan mengubah ketentuan Qada dan Qadarnya..Tidak dinafikan betapa sukar bg kita melalui frasa2 ksukaran trsebut..namun setelah kita diberi hidayah yg Maha Esa maka berusahalah untuk berubah...dan pulanglah ke pangkal jalan... jalan yg lurus....nun jauh berbatu-batu.... jalan yg singkat pula...beronak lagi berliku. Tanya sama hati....nk pilih yg mana satu....bukalah mata...dan buatlah pilihan yg trbaik untuk kita...perlu juga diingatkan, jgn sesekali buruk sgka dgn Allah...Allah sekadar mahu menguji hamba2Nya...mungkin kita perlu dikejutkan dari tidur yg lena...kalau tidak kita akan trus hanyut dengan mimpi2 yg melekakan...sedang pasangan kita juga perlukan perhatian...bersyukurlah kerana Allah masih lagi menghulurkan belas kasihannya dan memberikan kita kesempatan merasai nikmat cinta dan kasih sayang...cuma bila tiba masanya segala yg menjadi pinjaman itu diambil semula...pulangkan pada yg hak...bina kembali kehidupan yg baru dgn penuh keinsafan, yakin bahawa sesuatu yg brlaku ada hikmah yg Allah berikan..Tapi jgn kita lupa Allah juga ada rahsiaNya...klu mmg jodoh itu sudah trtulis di azali, ianya takkan ke mana mana...terima saja dgn redha...
Nukilan Seri Dewi Malam...