Assalamualaikum... Hai! Jumpa lagi.
Hemm... cuti semester persekolahan dahpun bermula. So... nak kemana kita cuti kali ini? Dah buat perancangan ke? Belum!? Kenapa? Oh ya... tengah sibuk dengan khenduri khendara teman rakan saudara mara rupanya. It's okey. Take your time. Lepas tu... plan betul-betul ikut kemampuan ekonomi kita. Kalau ada budget lebih sikit... pergilah keluar negara. Tapi... kalau nak melancong kat dalam negara kita sendiripun, apa salahnya. Kat Malaysia ni, banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kat mana? Eh! mana-mana sajalah. Tepuk dada... tanya selera. Setiap negeri menjanjikan lokasi percutian yang pasti memukau dan mempersonakan. Insya Allah.
Saya dan keluarga... awal-awal lagi dah bercuti ke Langkawi. Seawal jam tujuh pagi... kami menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis. So... dapatlah kami memulakan aktiviti percutian lebih awal. Selepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke stesyen kereta kabel di kaki Gunung Mat Chinchang. Mulanya, kami sangkakan tak ada orang. Maklumlah... baru pukul lapan. Tapi... bila dah dapat tiket dan mula beratur, humangai!! ramainya!!! Bukan saja dari negara kita... pelancong dari luar negarapun tak nak ketinggalan jugak rupanya. Hemm... menaiki Skycab menuju ke puncak gunung merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan saya. Suami dan anak-anak saya turut sama teruja. Maklum, pemandangan yang terbentang di sekeliling kami sungguh mempesonakan. Hilang rasa 'gayat' dan ngeri. Sesungguhnya... saya dan keluarga amat kagum dan terpegun sekali melihatkan keagungan ciptaan Ilahi. Setelah puas meninjau keseluruh kawasan, kamipun turun semula ke kaki gunung dan terus pulang ke tempat penginapan.
Keesokan hari, sebaik saja selesai menikmati sarapan pagi... kami sekeluarga bergegas ke Pantai Pasir Hitam. Penat jugaklah melayan suami dan anak-anak mandi laut. Wah! bukan main lagi dia orang bila jumpa air. Tak usah cakaplah. Bayangkan sendiri!!! Oh ya... kenapa Pantai Pasir Hitam? Sebab... tempatnya sangat menarik dan unik. Of coz warna pasirnya kehitam-hitaman. Dipantainya ada banyak batu-batu besar. Ada juga yang menyerupai sampan! Mungkin hasil sumpahan Sang Kelembai kot. (Nauzubillah...) Ada sejarahnya tersenditi. Kalau tak salah saya, mengikut cerita orang dulu-dulu... kat situ terjadinya satu insiden yang mengerikan! Sampan dan tongkang orang-orang siam dibakar penduduk tempatan. Sama ada betul atau salah cerita saya ni... sayapun kurang pasti. Kalau inginkan maklumat yang tepat... saya akan cuba usahakan nanti. Hemm... masih banyak lagi tempat yang ingin saya dan keluarga lawati seperti Kilim Geoforest Park, Pulau Payar, Pulau Dayang Bunting dan lain-lain lagi. That's why kita orang bercadang nak ke sana lagi. Bila tu? Hemm... Insya Allah... dalam jangka waktu yang terdekat ni. Nak ikut ke? Jom!!!
Last but not least... boleh dikatakan percutian kali ni memang best! Apatah lagi bila dapat shopping. Tapi... saya tak plan beli banyak barang... even though barang-barang kacanya...humangai! Tersangatlah cantik. Macam-macam corak yang kita boleh pilih.... dan murah pulak tu! Hemm... boasalah. Orang pompuanlah katakan. Sebab tulah... tengah kumpul duit ni. Nak pergi lagi!!!!
Okey... that's all for now. Sampai ketemu lagi dilain bicara, sambutlah salam manis dari saya. Take Care dan.... Selamat Bercuti!!!
One And Only...
Seri Dewi Malam
p/s : Sebaik pulang dari bercuti, dapat panggilan dari adik... kedua mak ayah saudara masuk wad. So... keesokan hari, kami sekeluarga ke HTF Kangar. Kesian tengok Mak Njang dan Pak Njang. Seorang di wad 4, seorang lagi di wad 5. Doa dari kakak semoga Mak Njang dan Pak Njang cepat sembuh. Bersabarlah dalam menerima ujian dariNya.
p/s : Masa tengah mengarang blog ni... layan Sinar FM. DJ bertugas (Kak Bed) pasang lagu lama. Lagu berjudul Agar Dia Kembali nyanyian Adam Ahmad. Memang dah laaaaama sangat tak dengar lagu ni. Tak tergambar oleh kata-kata. Dengar.... dan hayatilah sendiri. Iramanya saaaangat menyentuh jiwa.