ASSALAMUALAIKUM... HAI!
Long time no see...
Hemm... musim-musim begini, tentu ramai yang mengeluh sebab kurang sihat. Macam tu jugaklah dengan teman ni. Maklumlah... dah tua-tua begini (Eh! baru 44 beb. Takkan dah tua kot)... macam-macam penyakit datang menghinggap. Itu tak ambik kira yang memang dah jadi pakej... (apa lagi... asmalah. Kata orang Johor... semput!). Walau macam manapun, sejak dari mula, aku tak ambil kisah sangat bab sakit-sakit ni. Hospital kan ada. Bagiku... kalau dah sakit tu. rehat! Makan ubat. Bila dah okey... nikmati hidup ini dengan sepuas-puasnya disamping bersyukur pada Yang Maha Esa. Beramal dan berdoalah selalu agar diberikan kekuatan iman juga semangat... dipermudahkan segala urusan... dunia dan akhirat.
Bila berkongsi cerita dengan rakan-rakan seperjuanganku, ye lah... cerita apa lagi kalau bukan tentang hal anak-anak ni... aku merasa sedikit lega berbanding mereka. Ye lah... anak-anak akupun dah besar panjang. Dua dari mereka dahpun bekerja. Seorang di IPTA. Seorang baru jer habis PMR. Yang keciiiikk tu, darjah satu. Tapi siapa sangka,,, kerja rumah masih ditahap yang tidak jauh bezanya. Cuma... taklah kelamkabut macam dia orang masih bersekolah dulu.
Masih ku ingat lagi,sewaktu kelima-lima anak-anakku masih beruniform putih biru. Masa tu, jarak antara rumah kami di kampus agak jauh jugaklah dari sekolah (SRKDWK... sekolah Asya ssekarang) So...boleh tahan penat jugaklah bila berulang-alik... pergi dan balik. Bila yang sulung masuk form one,,,(ini cerita sepuluh tahun yang lepas!), sekolah adik-adik yang lainpun turut sama bertukar ke BBS. Mengenangkan anak ketiga dah masuk tadika, akupun buat keputusan beli kereta Kancil. Dengan kereta itulah, aku melaksanakan rutin harianku. Bermula jam lema empat puluh lima pagi, aku sediakan sarapan dan siapkan anak-anakku ke sekolah... menengah dan rendah. Jam dua belas empat puluh lima, aku bergegas semula ke Tadika... jemput anak. lepas tu balik kejap untuk siapkan makan tengahari. Then... keluar sekali lagi untuk jemput anak-anak yang lain. Fuh! cayalah. itulah yang aku buat tiap-tiap hari! Kalau dikenang-kenangkan balik... macam tak percaya beb. Tapi ye lah... masa tu, tak berapa nak tua lagi. Tenaga masih banyak. Semua yang dibuat... serba menyeronokkan aku. Honestly... memang setiap perkara yang aku buat masa tu... dan ada kaitan dengan anak-anak... aku rasa happy sangat! Hasilnya, sampai sekarang ni pun... anak-anak masih rapat dengan aku! (Hemmm... sampai nak bergerak seincipun,,, susah!)
Sekarang...tak banyak kerja yang perlu aku buat. Nak kesana-sini macam dulupun... dah tak boleh lagi. Kakiku dah kena rantai!!! (Hu hu hu) Hemm... taklah. Aku dah tak punya transport lagi. Kancilku, dah ku berikan pada anak kedua. Buat pergi kerja. Ku belikan dua buah motosikal (Step dan Modenas CT) untuk anak-anak yang lain pergi kerja dan ke sekolah. Naik motor?! Kurrr semangat! kirim salam banyak-banyak. Tak sanggup beb. Pernah accident sekali. Serik! So... sekarang ni, urusan pergi balik Asya kesekolah... suami dan anak-anakku yang buat. Aku? apa lagi... terpuruk kat rumah la. Kadang-kadang tu, boring jugak. Tapi nak buat macam mana. Semuanya dah tak macam dulu lagi daahh.... Itulah sebabnya, bila member call ajak aku ke rumahnya di Jitra, MENANAH telinga aku ni dibuatnya!
What ever it is.... aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Masih ramai yang beri simpati, kasih sayang dan perhatian. Dapat jugaklah buat sedikit sebanyak amal ibadat. Dalam masa yang sama, dapat jugak aku consentrate dengan novelku. Right now, aku tengah siapkan novelku yang keempat. Insya Allah... kalau ada rezeki, dapatlah aku lihat hasilnya sebulan dua nanti. Suami aku pulak... hemmm...dah berjinak-jinak dengan golfnya semula. Nak buat cam no, dah memang itu 'makanan'nya! Akupun... dah malas nak banyak songeh macam dulu. Bagi aku... kita kenalah respect dan bagi sokongan pada pasangan kita dalam apapun bidang yang diceburi. Kan... kan... kan...
Oh! ya... tak lama lagi, kita dah nak sambut Raya Haji. Sambutan raya kali ni, taklah semeriah raya puasa dulu (Alaahh... raya puasapun... taklah grand sangat!) Cuma, yang buat aku excited dan bersyukur... anak-anakku... bermula dengan anakku yang keempat, diikuti anakku yang pertama... akan sambut hari ulangtahun mereka. . Disusuli pula puteriku yang ketiga pada bulan November. Hari ulangtahunku... dah lepas. macam tu jugak dengan Asya. (Itupun asyik merengek nak sambut birthday lagi!). Hari ulang tahun suamiku... pada bulan dua belas. Begitu juga dengan Wedding Anniversary kita orang... jatuh pada bulan yang sama. Kali ini... yang ke dua puluh lima!! Dah masuk kategori Jubli Perak dah....(Hemm... nak celebrate kat mana ye?)
Well... that's all for now. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu, pesananku buat kalian semua, senyum-senyumlah selalu. Sentiasalah bersabar dan berlapang dada... biarpun diuji Allah dengan pelbagai ujian dan musibah. Insya Allah... pasti ada hikmah yang telah dijanjikan Allah... dan terbaik buat kita. Please do take good care of yourself! Bye!! Wassalam...
Kurangkan manis dalam minuman...
Tambahkan kemanisan dalam kehidupan..
Next to you...
Seri Dewi Malam.
Saturday, 20 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)